Chong Wei jumpa Chen Long final Terbuka Korea - pakdin.my

lee_chong_wei_korea_2014

Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei hanya selangkah lagi untuk gelaran keempat Siri Super Terbuka Korea 2014 apabila melepasi peringkat separuh akhir di Gimnasium Olimpik 2, Seoul, hari ini.

Chong Wei, 31, bagaimanapun terpaksa memerah keringat untuk ke pentas final apabila bertarung selama 51 minit sebelum mengalahkan pemain pilihan kelima, Kenichi Tago dari Jepun 21-17, 21-17.

Pemain nombor satu dunia itu, yang menjuarai kejohanan itu pada 2010, 2012 dan 2013, akan menentang pemain pilihan kedua, Chen Long dari China pada final esok.

Pada pertemuan separuh akhir kejohanan bernilai US$600,000 (RM1.96 juta) itu, Chen Long mengalahkan pemain veteran Thailand, Boonsak Ponsana 21-15 dan 21-9.

Untuk rekod, pertemuan antara Chong Wei dan Chen Long esok merupakan kali ke-15 dengan masing-masing mencatatkan tujuh kemenangan sebelum ini.

UTAMAChong Wei jumpa Chen Long final Terbuka Korea

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium