Dr M mahu ikut jejak Mao Tse-tung kawal PM - pakdin.my

20160927-mahathir-masih-mahu-berkuasa

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Salleh Said Keruak hari ini berkata pemilihan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan bekas perdana menteri itu hanya mahu terus mengawal pemimpin negara melalui sistem seperti diamalkan parti komunis China.

Salleh berkata pengumuman terbuka Dr Mahathir itu cuba menunjukkan beliau tidak mahu anaknya mengambil alih pemerintahan negara.

Bagaimanapun, Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata Dr Mahathir masih boleh menuntut Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilantik sebagai timbalan Muhyiddin.

“Dengan menamakan Muhyiddin sebagai calon perdana menteri, beliau seolah mahu mencadangkan anaknya tidak akan ambil alih. Tetapi itu tidak bermakna Mukhriz tidak boleh dilantik timbalan perdana menteri sementara Muhyiddin pula perdana menteri sementara,” kata pemimpin Umno Sabah itu dalam blognya hari ini.

Beliau mengulas laporan The Star hari ini, yang memetik Dr Mahathir sebagai berkata sekiranya pembangkang menang pilihan raya umum akan datang, Muhyiddin buat masa ini paling layak dilantik perdana menteri.

Pendirian itu mungkin dibantah PKR yang selama ini berikrar Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pilihan mereka untuk jawatan perdana menteri.

Salleh teringat kembali cadangan Dr Mahathir pada 2008 untuk mewujudkan majlis tetua sebagai penasihat kerajaan.

Menurut Salleh, Dr Mahathir mahu mengawal Muhyiddin, yang merupakan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, juga dengan cara itu, melalui jawatan pengerusi dalam parti baharu tersebut.

“Jadi Perdana Menteri perlu berunding dengan pengerusi, iaitu Mahathir, sebelum membuat sebarang keputusan. Perdana Menteri secara sendirinya tak boleh buat sebarang keputusan,” kata Salleh.

Beliau berkata aturan seperti itu tidak banyak berbeza dengan sistem yang diamalkan parti komunis China.

“Pendek kata, Perdana Menteri tidak bebas dan menjawab kepada Pengerusi parti yang mengatasi Jemaah Menteri sebagaimana Pengerusi Mao (Tse-tung) menguruskan China selama 31 tahun.”

UTAMAPOLITIKDr M mahu ikut jejak Mao Tse-tung kawal PM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium