Hakim mahkamah tinggi syariah dan pasangannya didakwa berkhalwat - pakdin.my

ADAM Tumiran dan pasangannya berlalu keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah.
ADAM Tumiran dan pasangannya berlalu keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah.

Georgetown: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, memerintahkan seorang hakim mahkamah tinggi syariah dan pasangannya membela diri dalam perbicaraan kes khalwat yang diadakan secara tertutup, semalam.

Hakim Zaim Mat Yudin menyatakan, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Adam Tumiran, 47, dan pasangannya Nurul Izani Md Isa, 37, sebelum menetapkan 14 hingga 16 Mei depan bagi kedua-duanya mengemukakan hujah membela diri.

Pasangan berkenaan diwakili peguam bela Ahmad Munawir Abdul Aziz dan Wan Faridulhadi Md Yusof manakala pendakwaan dilakukan Ketua Pendakwaraya Syarie Mohd Zulkhairi Aziz.

Pada 2012, Mahkamah Rendah Syariah membebaskan kedua-duanya daripada tuduhan berkhalwat di kediaman kakitangan kerajaan di Jalan Masjid Negeri di sini, pada 5 Disember 2010, selepas Hakim Syariah Othman Ibrahim berpuas hati dengan kesahihan dokumen perkahwinan pasangan berkenaan.
Foto

Namun berikutan rayuan daripada pihak pendakwaan, Mahkamah Rayuan Syariah memerintahkan kes berkenaan dibicarakan semula di Mahkamah Tinggi Syariah.

UTAMABERITAHakim mahkamah tinggi syariah dan pasangannya didakwa berkhalwat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium