HELL O MAHATHIR… BR1M BUKAN BANTUAN KEBAJIKAN TETAPI PENGAGIHAN SEMULA PENDAPATAN - pakdin.my

Bidasan saya bahawa BR1M adalah satu bentuk rasuah seolah-olah mengecewakan dan menimbulkan kemarahan sesetengah orang.

Saya masih tegas mengatakan bahawa ia adalah sejenis bentuk rasuah.

Ini dijelaskan oleh komen daripada seorang penerima BR1M di kampung.

Dia berkata, “Saya akan menyokong Najib kerana dia beri saya wang. Mahathir tidak beri saya wang.”

20161231-mahathir-br1m-rasuah-hotak-dia


Jadi, jika seorang penerima dari kampung mengatakan dia tidak akan mengundi Mahathir kerana semua 3 anak-anaknya menjadi jutawan dan billionaires, adakah ini bermakna kita mansuhkan 3 anak-anaknya?

Mahathir terus mengatakan bahawa bantuan BR1M kepada kelas pertengahan dan yang pendapatan kurang RM3,000 sebulan tidak akan menghargai bantuan ini dan juga apa-apa bantuan, mengapa tidak hanya memberi kepada golongan miskin tegar.

Adakah dia ni bodoh atau apa?

BR1M secara langsung dikreditkan ke dalam akaun penerima sejak 2014. Dan BR1M bukan program kebajikan untuk golongan miskin. Ia adalah satu program pengagihan semula pendapatan bagi kumpulan 40% – bukan bawah 5% atau 10% atau 20%.

Kita ada pengagihan semula pendapatan dan bantuan untuk kumpulan 40% DAN kita juga mempunyai program kebajikan untuk miskin tegar.

Jika hanya BR1M membantu golongan miskin maka Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh ditutup termasuk program-program lain untuk golongan miskin tegar atau miskin seperti e-Kasih.

Singapura juga mempunyai program yang sama dipanggil Baucar GST di mana diberikan kembali sehingga SGD500 kepada kelas menengah dan ke bawah.

Pulau Pinang dan Selangor juga memberi banyak bantuan tunai melalui pelbagai skim mereka – dan ini adalah lebih teruk kerana ia tidak bergantung kepada tahap pendapatan.

Sudah lah, Mahathir.

Dasar lama beliau adalah punca utmama terjadi ketidaksamaan pendapatan yang sangat tinggi. Oleh kerana dasar-dasar seperti gaji minimum dan BR1M, kesaksamaan pendapatan sejak 2009 telah bertambah pesat.

Kesaksamaan pendapatan di Malaysia tidak pernah menjadi lebih baik seperti sekarang dan beliau tidak boleh berhujah dengan angka.

UTAMAPOLITIKHELL O MAHATHIR... BR1M BUKAN BANTUAN KEBAJIKAN TETAPI PENGAGIHAN SEMULA PENDAPATAN

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium