Jangan Sampai Insiden Serangan Las Vegas Melarat Ke Octoberfest

Kita sedia maklum bahawa parti DAP bersungguh-sungguh mempertahankan penganjuran pesta arak beer, Octoberfest atau nama pestanya Festival Better Beer 2017 apabila penganjuran program itu ditolak oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk diadakan di ibu negara pada 6 Oktober ini.
Macam-macam pihak DBKL dikecam ekoran langkah itu sehingga akhirnya pihak Majlis Perbandaran Klang membenarkan ia diadakan di Centro Mall dengan nama lain iaitu Centro German F&B Party yang dijadualkan pada 12 dan 13 Oktober nanti.
Adakah puak pemimpin DAP tahu bahawa penganjuran festival arak di negara bermajoriti penduduk Islam akan meningkatkan risiko berlaku bahaya terutamanya dari segi keselamatan?
Apabila festival seperti itu diadakan, ramai orang akan mabuk. Pengambilan alkohol berlebihan ini sudah pasti akan mendorong kelakuan yang tidak senonoh di depan khalayak ramai.
Akan ada pihak pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan bila berada dalam keadaan mabuk ini. Bermacam macam perkara boleh berlaku.
Semalam, sekurang-kurangnya 50 orang sudah terkorban dan dikhabarkan lebih 500 orang cedera dalam satu kejadian amuk di satu festival muzik irama Country di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS).
Kejadian itu disifatkan sebagai satu tragedi paling buruk dalam sejarah negara Uncle Sam itu. Kumpulan militan Daesh atau IS dikatakan mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu yang dilakukan oleh seorang suspek.
Suspek itu dikenali sebagai Stephen Paddoc, 64, dan dia dikatakan dibunuh oleh pihak berkuasa tetapi sesetengah laporan lain menyatakan bahawa dia membunuh dirinya selepas melakukan perkara itu. Dengan pengakuan Daesh dan IS, ada petanda bahawa gerakan itu merancang melakukan serangan ketika acara besar-besaran yang melibatkan orang yang ramai.
Sudah ada kebimbangan siri serangan yang hampir sama boleh terjadi dalam Octoberfest.
“Berdasarkan sumber risikan kita, wujud ancaman sebenar dan kita tidak akan bertoleransi terhadap perkara ini” kata Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, Ketua Polis Negara.
Malaysia pernah mengalami serangan pengganas IS apabila pusat hiburan Movida di Puchong diletupkan dengan bom tangan pada 28 Jun 2016.
Kecekapan polis dengan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman telah berjaya mematahkan beberapa rancangan serangan yang mensasarkan beberapa acara besar di negara ini sebelum ini.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 5 September lepas, berjaya mematahkan cubaan kumpulan pengganas Abu Sayyaf yang merancang untuk serang Upacara Penutup Sukan SEA 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 30 Ogos lepas.
Kumpulan berkenaan dikatakan turut sama mahu mencetuskan huru-hara dengan melancarkan serangan semasa Perbarisan Hari Kebangsaan ke-60 di Dataran Merdeka pada keesokan harinya.
Kerajaan Jepun yang akan anjurkan Olimpik Tokyo pada 2020 pun mahu tiru cara Malaysia kendalikan keselamatan semasa Sukan Sea baru baru ini. Jepun pandang tinggi keupayaan risikan polis Malaysia.
Bermakna sumber risikan pihak keselamatan negara kita tentang ancaman keselamatan jika acara Oktoberfest dibenarkan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan oleh semua pihak.
Penganjuran pesta homoseksual, arak dan juga seks bebas bakal mengundang pihak pihak ektremis ini untuk mengambil kesempatan.
Pemimpin DAP seperti Tony Pua dan Teresa Kok tidak ambil peduli tentang ancaman keselamatan ini. Mereka lebih mementingkan pesta arak untuk berseronok sahaja.
Kalau terjadi apa apa kepada rakyat mereka akan mudah sahaja, salahkan kepada kerajaan BN. Hendak buat apa mabuk mabuk ini, ambillah iktibar dari tragedi yang berlaku di Las Vegas.
Dalam berseronok, ada pihak lain mahu ambil kesempatan. Dengar dan patuhlah dengan nasihat pihak polis. Keamanan negara lebih penting dari hak asasi untuk minum arak dan mabuk mabuk.

Leave a Reply