Kelantan Catat Penagih Pil Kuda Teramai - pakdin.my

Kelantan Catat Penagih Pil Kuda Teramai

Seramai 60 orang penagih dadah ditahan dalam satu operasi di Kota Bharu malam tadi.

Kebanyakan mereka ditahan atas kesalahan terlibat dengan ketagihan pil kuda.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika ini, Kelantan antara negeri yang tertinggi mencatat bilangan penagih pil kuda selain Terengganu.

Tambah Datuk Jalaluddin, pengambilan pil kuda adalah satu daripada tiga jenayah yang paling kerap berlaku di Kelantan selain kecurian kenderaan dan jenayah pemerkosaan.

Beliau ditemui pada majlis pelancaran Karnival United Againts Crime di Pusat Transformasi Luar Bandar, RTC Tunjong.

Lebih 10 ribu orang hadir pada karnival dua hari yang bermula siang tadi.

Ia bertujuan mengajak orang ramai bersatu menentang jenayah di negeri itu.

 

UTAMABERITAKelantan Catat Penagih Pil Kuda Teramai

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium