Keselamatan jemaah haji ketika melontar jamrah diutamakan

20160912-melontar-jamrah-jpg

Jemaah haji tiba di Mina hari ini bagi melontar jamrah, perkara wajib terakhir dalam ibadat haji dan lokasi kejadian rempuhan maut, tahun lalu.

Beberapa langkah keselamatan diperkenalkan bagi mengelak tragedi tahun lalu daripada berulang, yang meragut kira-kira 2,300 orang ketika jemaah dalam perjalanan dari Jambatan Jamarat bagi tujuan melontar.

Kemudahan jambatan bertingkat disediakan kerajaan Arab Saudi bagi menampung jumlah jemaah haji yang ramai iaitu kira-kira 1.8 juta tahun ini.

Jemaah haji melontar batu yang diambil dari Muzdalifah pada petang Ahad ke arah dinding yang mewakili syaitan.

Raja Arab Saudi, Raja Salman tiba di Mina pada Ahad bagi memastikan jemaah boleh “mengerjakan rukun haji dengan mudah, selesa dan selamat,” kata Agensi Berita Rasmi Saudi.

Raja Salman juga diberi penerangan mengenai persiapan langkah keselamatan jemaah di antara Muzdalifah dan Mina.

Melontar jamrah dikerjakan sebanyak tiga kali dalam ibadat haji.

13 Replies to “Keselamatan jemaah haji ketika melontar jamrah diutamakan

Leave a Reply