Kit Siang Bimbang Bukti DoJ Tak Pernah Buru PM @NajibRazak – Salleh - pakdin.my

Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebenarnya bimbang lawatan, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat bulan depan bakal membuktikan bahawa Jabatan Kehakiman (DoJ) negara itu tidak pernah memburu perdana menteri, kata Bendahari UMNO, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Menurutnya, surat ahli politik veteran itu kepada anggota Kabinet jelas menunjukkan beliau cuba mengalih perhatian daripada maklumat diperolehi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia yang memberi tamparan hebat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menteri Komunikasi Dan Mutimedia itu mengulas surat terbuka Kit Siang semalam yang menggesa lawatan kerja Najib ke Washington yang dijadulakan pada 12 Sept dibatalkan.

“Surat terbuka kepada semua anggota Kabinet itu mungkin tidak pelik jika ia dihantar seseorang yang baharu melibatkan dalam politik, tetapi bukan daripada seseorang yang sudah berkecimpung lebih 50 tahun dalam bidang politik,” kata Salleh dalam blognya, semalam.

Tambahnya, surat terbuka itu merupakan suatu percubaan aneh Ahli Parlimen Gelang Patah yang juga perbuatan yang bersifat amatur.

“Kesimpulannya, Kit Siang cuba mengatakan bahawa perdana menteri tidak sepatutnya pergi ke AS untuk bertemu Presiden Donald Trump sehinggalah beliau bebas daripada semua tuduhan berkaitan 1MDB.

“Apakah tuduhannya? AS tidak pernah membuat sebarang tuduhan terhadap Najib. Dr Mahathir yang membuat semua tuduhan itu,” kata bekas Speaker DUN Sabah itu.

****

*Kit Siang: Kabinet Perlu Tolak Jemputan Trump Kepada Najib*

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mahu Kabinet mengambil pendirian menolak jemputan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk melawat Rumah Putih bulan depan.

Kit Siang berkata, Najib tidak wajar menerima jemputan Trump sehingga isu tindakan perundangan yang dibawa Jabatan Kehakiman (DoJ) AS dalam isu penggunaan dana berkaitan 1MDB selesai.

“Mesyuarat Kabinet pada Rabu ini, menjelang sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos, perlu memutuskan Najib tidak wajar melawat Rumah Putih demi menjaga kehormatan dan martabat negara,” kata beliau dalam ucapannya di Kuala Terengganu. Teks ucapan dikeluarkan hari ini.

Lihat seterusnya disini: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/08/27/kit-siang-kabinet-perlu-tolak-jemputan-trump-kepada-najib/

UTAMAPOLITIKKit Siang Bimbang Bukti DoJ Tak Pernah Buru PM @NajibRazak – Salleh

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium