Lepaskan Tembakan kerana berebut gadis Kelantan, 12 ditahan (video) - pakdin.my

tembak-rebut-gadis-kelantanDua belas pemuda akan direman di mahkamah Kota Bharu esok susulan kes tembakan gara-gara berebutkan seorang gadis di Kelantan.

Kesemua yang berusia antara 20 dan 27 tahun itu ditahan tidak sampai lima jam selepas insiden tembakan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971.

“Sepucuk pistol jenis Steyr Malnnlicher (buatan Australia) berisi tiga peluru hidup dan dua kelongsong dirampas,” kata Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim, Isnin.

Menurutnya, kes berpunca dari foto ‘pose’ manja gadis berusia 23 tahun berasal dari Kota Bharu di laman sosial Facebook.

Gadis itu pada mulanya memuat naik gambar-gambar manja di laman sosial berkenaan hingga menjadi kegilaan dua kumpulan terdiri daripada lima dan tujuh orang yang mahu memilikinya.

Dua kumpulan itu kemudian mengadakan perbincangan di sebuah restoran di Jalan Kebun Sultan namun keadaan menjadi tegang selepas gadis terbabit memutuskan memilih untuk mengikut kumpulan tujuh lelaki terbabit.

“Berang dengan keadaan itu, seorang daripada anggota kumpulan lima orang terbabit melepaskan dua atau lebih das tembakan ke kereta jenis Alza yang dinaiki kumpulan tujuh orang,” katanya.

 

 

UTAMABERITALepaskan Tembakan kerana berebut gadis Kelantan, 12 ditahan (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium