Lori Terbabas Akibat Tayar Pecah, Pemandu Maut Dekat Lembah Beringin - pakdin.my

Lori Terbabas Akibat Tayar Pecah, Pemandu MautSeorang pemandu lori maut, apabila kenderaan dipandunya hilang kawalan sebelum terhumban ke arah tebing lebuh raya.

Kejadian berlaku apabila tayar lori terbabit pecah.

Mangsa yang tersepit akibat dihempap lori berkenaan, maut di tempat kejadian.

Manakala kelindannya terselamat.

Kemalangan berlaku kira-kira jam lapan pagi tadi di kilometer 412.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, sebelum susur keluar ke Lembah Beringin.

Siasatan awal polis mendapati, tayar belakang lori ini pecah menyebabkan pemandunya hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik.

Mangsa dikenali sebagai M.K Bala, 43 tahun, berasal dari Jalan Menteri, Matang, Perak maut akibat cedera parah di hampir keseluruhan badan.

Manakala kelindan yang tercampak keluar beberapa meter, hanya cedera ringan.

Lori ini dalam perjalanan ke Taiping setelah menghantar bekalan kira-kira 3,000 ekor ayam di Pasar Borong Selayang.

Sebuah kren terpaksa digunakan bagi mengangkat lori ini sebelum mayat mangsa dapat dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bahru.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bahru untuk bedah siasat.

 

UTAMABERITALori Terbabas Akibat Tayar Pecah, Pemandu Maut Dekat Lembah Beringin

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium