Mengapa Ngeh-Nga Mengelabah Isu Pembalakan Kelantan ? (video)

banjir-pembinaan empangan

AIDCNews – Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Perak) pada Dis 2012, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming menafikan mereka mempunyai seinci tanah dan sepohon balak sebagaimana yang didakwa.

Namun kenyataan Nga-Ngeh itu dicelah oleh Datuk Hamidah Osman yang ketika itu Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, kerajaan Negeri Perak.

“Saya nak tanya (ADUN) Pantai Remis (Nga Kor Ming) 10,500 ekar yang diberi Kerajaan Kelantan kepada syarikat beliau dan syarikat (ADUN) Sitiawan (Ngeh Koo Ham). Itu apa isunya. Itu bukan kroni ?.

“Sila jawab, bagaimana nama yang jelas dalam SSM (Suruhjaya Syarikat Malaysia) menunjukkan mereka hari ini merupakan orang kaya.

 

“Saya kasihan dengan kawan-kawan (pembangkang) di sana menyokong habis-habisan dua beradik ini, (yang) pada hakikatnya, kedua beradik ini mengumpul kekayaan…10,500 ekar tanah di Gua Musang adalah milik dua beradik ini..” kata Hamidah.

Pendedahan Hamidah itu turut disambut oleh ADUN Slim, Datuk Ahmad Khushairi Abdul Talib.

“Mereka pernah berkata ‘tak ada seinci..tak ada sebatang pokok’..betul lah..bukannya orang tu bodoh sangat..’Orang tu’ bukan bodoh sangat.

“Tetapi, saya bukanlah nak merujuk kepada blog. Tetapi ada satu syarikat… Upayapadu Plantation Sdn Bhd.. ada nama Nga Kor Ming, ada nama Ngeh Koo Ham..itu sahaja…”

(Ngeh bangun untuk mencelah, tetapi tidak dibenarkan Ahmad Khushairi)

“Saya akan tunjukkan kepada orang-orang PAS (sambil mengangkat beberapa keping dokumen) bahawa tanah 10,000 ekar di Kelantan diberi kepada salah dua orang..iaitu Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham yang tak ada seinci (tanah) tetapi ada 10,000 ekar..itu sahaja,” katanya.

Selepas pendedahan itu, Hamidah membuat laporan polis kerana menerima kata-kata ugutan daripada Nga.

Hamidah menerima ugutan secara terus sewaktu minum petang di Dewan Makan DUN Perak.

Hamidah berkata, Kor Ming datang kepadanya dan mengeluarkan perkataan, ‘you reveal and watch out, I’ll go after you’

“Tanah 10, 525 ekar ini, saya nampak memang menakutkan mereka.

“Seperti apa yang dia (Nga) kata kat saya..’you reveal and watch out, I’ll go after you’ maknanya, ‘you dedah..awas..saya akan kejar awak’

“Daripada (ugutan) ini seolah-olah dia dah mengaku..dia kata you reveal (dedah)..dia tak kata you fitnah..”katanya

Pada tahun sama, tiga badan bukan kerajaan (NGO) Kelantan; Persatuan Belia 4B Gua Musang, Majlis Belia Felda Kelantan dan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Gua Musang telah membuat laporan polis mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segera isu tanah di kawasan Hutan Simpan Sungai Relai, Gua Musang.

“Laporan polis itu dibuat jam 3.15 petang kerana tidak berpuas hati dengan penjelasan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubungan kelulusan tanah di kawasan Hutan Simpan Sungai Relai seluas 4,000 hektar kepada syarikat dipercayai dikuasai Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

“Selepas itu, NGO terbabit bersama 10 ahlinya mengadakan perhimpunan secara aman di kawasan Hutan Simpan Sungai Relai yang terletak 64 Kilometer dari bandar ini yang habis diterokai untuk pembukaan ladang sawit hingga terdedah kepada kemusnahan alam sekitar,”lapor Sinar Harian.

Blog pengundisetiasungairapat turut mendedahkan sebahagian besar daripada kira-kira 4,000 hektar(10,526 ekar) kawasan Hutan Simpan Sungai Relai telah gondol dipercayai ditebang syarikat perladangan dikuasai Ngeh dan Nga.

“Kawasan balak berkenaan yang ditebang sejak Mac lalu (2012), dikatakan akan ditanam dengan sawit, tetapi sehingga kini belum diusahakan.

“Nilai hasil kayu balak mencecah RM30juta sudah habis ditebang bersih sehingga menimbulkan pencemaran dan hakisan kepada tanah.

“Kegiatan pembalakan itu didakwa menyebabkan pencemaran termasuk Sungai Relai yang kotor. Air Sungai Relai juga dikatakan mengalir hingga ke Tasik Kenyir.

“Menariknya lagi tanah seluas 10,526 ekar ini juga dipercayai merupakan sebahagian kecil dari projek Ladang Rakyat yang meliputi keluasan melebihi 80,000 ekar tanah yang kesemuanya terletak di Hulu Kelantan.

“Ladang Rakyat atau lebih tepat lagi digelar sebagai Ladang Air Mata Rakyat oleh penduduk Kelantan khususnya di Selatan negeri ini, diwujudkan konon untuk membangunkan ekonomi rakyat. Hakikatnya, hanya segelintir yang mendapat manfaat khususnya ahli dan penyokong PAS yang rapat dengan kepimpinan negeri.Hasil bumi yang bernilai beratus juta ringgit lebih banyak mengalir kepada para kroni dan syarikat milik cina DAP dan Cina Singapura,”lapor blog itu.

Presiden Pertubuhan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad mendedahkan kepada Agendadaily bahawa syarikat Ngeh-Nga diberi pajakan tanah di Kelantan selama 70 tahun dari 3 Mei 2006 hingga 3 Mei 2092.

“Syarikat yang membeli tanah tersebut tidak memerlukan Bumiputera sebagai pemilik bersama, dan dari jumlah 10,526 ekar itu terdapat 9,500 ekar kawasan pembalakan dengan perjanjian 30 peratus keuntungan dari hasil pembalakan mesti diberikan kepada YIK,” kata beliau.

banjir-nga-nik-aziz

Pembalakan Kelantan : Penafian Ngeh-Nga Timbulkan Lebih Banyak Keraguan..

Syarikat Balak Nga Kor Ming & Ngeh Koo Ham Di Kelantan Terus Dibongkar

BBCD : DAP Juga Bertanggungjawab Pembalakan Di Kelantan

Leave a Reply