Ombak Besar Setinggi 4 Meter Di Pulau Pinang (video) - pakdin.my

Ombak kuat kelihatan menghempas tebingan di Padang Kota Lama di sini hari ini.
Ombak kuat sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter melanda perairan Pulau Pinang, di George Town dipengaruhi angin Barat Daya yang bertiup dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam. 
Jurucakap Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi berkata, fenomena angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada bot-bot kecil dan aktiviti rekreasi laut walaupun masih pada kategori pertama, nelayan dinasihati supaya tidak turun ke laut sehingga keadaan reda.

Seorang penarik beca kelihatan melalui ombak kuat ketika melintasi Padang Kota Lama di George Town
Seorang penarik beca kelihatan melalui ombak kuat ketika melintasi Padang Kota Lama di George Town

Ombak kuat dengan ketinggian lebih 3.5 meter sehingga menyebabkan air laut melimpah di kawasan Padang Kota Lama dan mengenai beberapa kenderaan di kawasan meletak kereta.

Jurucakap Jabatan Meteorologi negeri berkata fenomena itu dipengaruhi angin Barat Daya yang bertiup dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dan dijangka berterusan sehingga Jumaat.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot-bot kecil dan kegiatan rekreasi laut,” katanya di sini Khamis.

Beliau berkata walaupun masih berada pada kategori pertama, nelayan dinasihat tidak turun ke laut sehingga keadaan reda.

Tinjauan di Padang Kota Lama mendapati ombak melepasi benteng sehingga air laut melimpah di bahu jalan.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Nelayan Pantai Pulau Pinang Alias Shafie ketika dihubungi berkata ramai nelayan di sebelah tanah besar tidak turun ke laut pagi ini susulan angin kencang dan laut bergelora.

“Saya ada terima aduan di pantai Bagan Ajam Butterworth berlaku ribut sederhana diselangi hujan awal pagi tadi.

“Justeru saya nasihat para nelayan peka kepada perubahan cuaca dan tidak ke laut dalam keadaan cuaca buruk ini,” katanya.

UTAMABERITAOmbak Besar Setinggi 4 Meter Di Pulau Pinang (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium