Pandelela Rinong mudah gapai emas - pakdin.my

PANDELELA beraksi dalam acara 10m platforn wanita.
PANDELELA beraksi dalam acara 10m platforn wanita.

Nay Pyi Taw: Seperti dijangka, ratu terjun negara Pandelela Rinong langsung tidak berdepan sebarang masalah mempertahankan pingat emas 10 meter platform individu wanita semalam, emas ketiga berturut-turut dimenangi sejak kali pertama di Laos 2009.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik London tahun lalu itu dilihat hanya melakukan terjunan seperti sesi latihan tetapi masih mampu mengumpul 346.60 mata untuk mengesahkan pingat emas menjadi miliknya.

“Saya lebih pentingkan mata yang dipungut pada setiap terjunan sebagai persiapan untuk menghadapi saingan lebih besar pada tahun depan,” katanya.

Meskipun Sukan SEA bukan lagi dilihat taraf atlet kelahiran Sarawak itu, Pandelela tetap menganggap temasya dwitahunan itu penting baginya.

“Saya perlukan prestasi konsisten sepanjang tahun dan sebab itu Sukan SEA juga penting bagi saya.

UTAMAPandelela Rinong mudah gapai emas

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium