PAS Kerjasama Dengan DAP/PKR Kerana Tidak Menentangnya – Abdul Hadi

hadi-awang-karpal-singhALOR SETAR: PAS memilih untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR kerana kedua-dua parti itu tidak menentangnya, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Umno menolak pelaksanaan hukum Islam yang kita (PAS) mahu. Kita tidak akan bekerjasama dengan syaitan. Oleh kerana DAP tidak menentang kita, lebih baik kita bekerjasama dengan mereka dan PKR,” katanya semasa berucap melancarkan manifesto pakatan ketiga-tiga parti itu di Kedah di Kompleks PAS Batu 9, dekat sini malam Sabtu.

Ketika ditanya pemberita selepas itu adakah perkataan syaitan yang digunakannya merujuk kepada Umno, beliau hanya berkata “Itu kena tanya (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad). Saya hanya mengulangi amanat Tun Dr Mahathir.”

(Dr Mahathir pernah dipetik menggunakan pepatah Inggeris “better the devil you know than the angel you don’t’ yang membawa maksud “lebih baik orang yang dikenali daripada orang yang tidak dikenali” tetapi telah diminta bertaubat oleh Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din baru-baru ini kerana dikatakannya Dr Mahathir membuat kenyataan sanggup bersama dengan syaitan.

Ketika mengulas permintaan pemimpin PAS itu, Dr Mahathir dilaporkan berkata Harun Din berkata demikian kerana mungkin beliu tidak mahir dengan loghat pepatah Inggeris sehingga membuat tafsiran sedemikian (devil itu syaitan).

Abdul Hadi mendakwa Umno tidak memahami konsep negara berkebajikan yang hendak dilaksanakanya apabila parti itu menjalin hubungan dengan DAP dan PKR.

Katanya konsep itu lebih luas dan berlainan dengan yang diamalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) iaitu memberi bantuan kepada fakir miskin, membina rumah orang susah dan subsidi tertentu.

Beliau berkata negara berkebajikan PAS meliputi pemberian susu percuma untuk anak baru lahir, rawatan dan subsidi.

Katanya PAS telah 99 peratus memuktamadkan pemilihan calon untuk di 76 kawasan dalam PRU13 dan nama mereka akan diumumkan bila-bila masa sahaja.

nasrudin-vs-karpal-hudud-nst

Karpal slams Pas Youth head’s hudud comment

 karpal hudud tempelak hadi

Hadi Kena Tempelak Karpal Singh Mengenai Hudud – PAS Menikus

nik aziz  karpal hudud

Leave a Reply