PEMIMPIN PARTI CAP BUNGA MENGAKUI AHLI PARTI TIADA KUALITI

Bukan kami yang kata sebaliknya diakui sendiri oleh Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Cap Bunga.
________

Tidak boleh dinafikan lagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini mula bertukar, jadi sama saja seperti Umno, yang dikatakan musuh utama parti itu.

Memandangkan kebanyakan ahli parti yang baru berusia 3 bulan itu datang dari Umno, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM Kamarulazman Habibur Rahman berkata mereka bawa bersama budaya yang sebelum ini pengasas PPBM janji untuk hakis.

“Memang betul elemen negatif Umno meresap ke dalam PPBM. Saya bimbang mengenai perkara itu kerana dari hari pertama, kami kata mahu jadi lain daripada Umno.

“Ramai antara yang meninggalkan Umno untuk menyertai kami semata-mata hendak jawatan yang tidak diperoleh ketika di dalam Umno.

“Tapi itu tidak bagus untuk parti, dan saya bimbang mereka yang menyertai kami ialah kualitinya rendah, dan akhirnya menjadikan PPBM lebih teruk daripada Umno,” katanya.

Kamarulazman juga meluahkan kebimbangannya terhadap hala tuju parti pada masa ini, kerana keputusan nampaknya dibuat tanpa pengetahuan atau persetujuan barisan kepimpinan.

Beliau turut mengingatkan pemimpin PPBM supaya menyelesaikan perkara itu sekarang ketika ia masih awal sebelum merebak lebih jauh ke dalam parti yang menjanjikan menjaga kepentingan awam dan negara berbanding individu.

“Kami bercakap mengenai lari daripada norma politik negatif di Malaysia tetapi tiba-tiba kami menuju hala tuju yang sama seperti budaya politik sebelum ini.

“Jadi apa tawaran lebih baik boleh kita sediakan kepada rakyat Malaysia? Kita juga perlu berhenti membawa masuk ‘kawan’ dari Umno hanya untuk mempertahankan kedudukan kita dalam parti baharu,” katanya.

Kamarulazman membuat kenyataan itu susulan keputusan parti untuk menyingkirkan seorang daripada 7 ahli pengasas, Anina Saadudin daripada jawatan “tidak rasmi” sebagai ketua Srikandi (wanita) PPBM.

Semalam, Anina berkata dirinya dipecat daripada jawatan ketua wanita PPBM namun dakwaan itu dipertikaikan ketua penerangan, Datuk Kamarudin Md Nor.

Anina berkata, beliau sudah tanya Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan yang mengesahkan keputusan menyingkirkan beliau daripada jawatan itu.

“Mereka kata saya tidak disyorkan Majlis Presiden untuk dilantik sebagai ketua Srikandi,” katanya merujuk nama sayap itu.

Katanya, beliau mengangkat sumpah jawatan itu pada 2 November lalu dan secara rasmi menjadikan beliau ketua Srikandi.

“Politik dalaman tidak akan membantu parti. Dan apa yang kami tahu, sejak pembentukan PPBM, kami tahu dia (Anina) sebagai ketua Srikandi.

“Malah setiap kali di atas pentas, kami umum dia sebagai ketua Srikandi. Ini termasuk pengerusi (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin).

“Apa juga keputusan parti, ia perlu dilihat sebagai progresif dan bagus untuk masa depan parti. Saya risau keputusan yang tidak difikirkan masak-masak akan memberikan imej negatif kepada parti,” katanya.

20161226-ahli-pribumi-tiada-kualiti-350px

54 Replies to “PEMIMPIN PARTI CAP BUNGA MENGAKUI AHLI PARTI TIADA KUALITI

    1. Bos kami kata alang2 nk pau biar berbaloi kalau bole cri yg halal dri kaum islam,,,bos ingtkn kami selalu jgn sesekali ngecek kaum yahudi xde mqknenye bsk2 kte di jubo nye plk!!!jgn jd mcm sesetengah bangsa dn juga kaum melayu yg sombong bodoh sggup gadai maruah mtk tlg dgn yahudi bgi duit utk persatuannye!konon2 persatuannye di kalangan org ssh di anaktirikn di malaysia konon2 nye lh!!! Mcm kami tanggungjwp Bos utk membesarkn seramai 30juta adelh amat berat..jd kami mtk tlg pd mata2 dn mulut2 longkang yg cemburu or sakithati pd Bos kami jgn dok mengacau Bos kami bertugas ok! Skn hrp mklum tksh!!!!!

Leave a Reply