Penembak Upahan Didakwa Terlibat Kes Pembunuhan Guru SK Beris Panchor (video) - pakdin.my

Hashim Mat Zin

Polis tidak menolak kemungkinan pembunuhan seorang guru Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Bachok yang ditembak isnin lalu membabitkan pembunuh upahan serta bermotifkan dendam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata polis sedang mengumpul maklumat berkaitan kejadian itu kerana mangsa difahamkan terlibat dalam perniagaan.

Bagaimanapun katanya polis sukar mendapatkan saksi kes kerana masyarakat bimbang keselamatan diri terancam.

Dalam kejadian jam 1.40 tengahari kelmarin, Hashim Mat Zin, 42 tahun ditembak ketika memandu kereta jenis Mercedes Benz selepas tamat waktu persekolahan.

Penjenayah melepaskan empat das tembakan dan tiga daripadanya terkena bahagian dada mangsa.

 

UTAMABERITAPenembak Upahan Didakwa Terlibat Kes Pembunuhan Guru SK Beris Panchor (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium