Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi Ditembak Mati (video) - pakdin.my

pengasas-amb-mati-ditembak

Pengasas Arab Malaysian Bank – Hussain Ahmad Najadi maut ditembak dari jarak dekat di tempat letak kereta selepas keluar dari Tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur.

Kejadian pukul 2 petang tadi turut menyebabkan isterinya cedera parah.

Siasatan polis mendapati sebelum kejadian, Hussain, 75 tahun dan isterinya berusia 45 tahun datang ke tokong itu untuk berbincang dengan seorang lelaki berhubung urusan jual beli saham.

Selepas selesai urusan dan berjalan kembali ke tempat letak kereta, seorang lelaki menghampiri mereka dan melepaskan tembakan secara rambang.

Hussain mati ditempat kejadian akibat terkena tembakan di dada dan rusuk kiri.

Isterinya pula terkena tembakan di tangan kiri dan peha kanan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, A-C-P Khairy Ahrasa berkata siasatan mendapati tiga lelaki lingkungan usia 35 hingga 40 tahun terbabit dalam kes itu.

Mereka dipercayai menunggu di luar tokong ketika mangsa berurusan.

Suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki teksi.

Motif sebenar kejadian belum diketahui.

Namun dipercayai ia ada kaitan dengan urusan perniagaan.

 

UTAMABERITAPengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi Ditembak Mati (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium