Saman 2 Juta: Bicara tangguh ke 23 Nov sebab Hadi nak panggil saksi (video)

wpid-hadi-awang-saman-2juta.jpg

Perbicaraan kes saman terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditangguhkan kepada 23 November depan.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak defendan (Abdul Hadi) memanggil saksi terakhir daripada akhbar KOSMO.

Perbicaraan kes berkenaan hari ini yang menyaksikan kehadiran kali pertama Abdul Hadi ke mahkamah, yang turut dihadiri ratusan penyokong Ahli Parlimen Marang itu.

Perkarangan mahkamah mula dipenuhi penyokongnya sejak jam 8 pagi bagi mengikuti perbicaraan kes itu.

Malah, galeri awam mahkamah turut dipenuhi penyokongnya. Abdul Hadi tiba di mahkamah jam 9.30 pagi.

Mahkamah Tinggi sebelum ini memerintahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang itu membayar ganti rugi RM2 juta kepada bekas calon Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, berhubung kes saman fitnahnya terhadap Ketua Angkatan Muda PKR Dungun itu.

Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan selepas Abdul Hadi gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang difailkan Mohd Shamsul (plaintif) pada 5 Disember tahun lalu.

Mohd Shamsul memfailkan saman itu bagi membersihkan namanya susulan ceramah Abdul Hadi di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang pada Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu.

Beliau mendakwa ceramah itu mengaitkan calon PKR dengan pil kuda sekali gus menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon PKR dan ahli perniagaan.

 

 

Leave a Reply