BEERSIH 2.0 – TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam… tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh… dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam PAS dan PKR di dalam Negara kita hari ini. Kalau inilah yang kita mahukan, marilah kita menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Ambiga dan IFC.

57 Replies to “BEERSIH 2.0 – TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC

  1. apela yg betul kt tuntutan 2?? psl perkahwinan?? mane boleh klu isteri islam, kahwin ngan org agame lain boleh tukar agama suke2 hati.. ingt sikit.. zaman rasullullah dulu klu murtad kene hukum bunuh tau.. klu tak cukup pengetahuan ttg islam, jgn dok ckp2 @ bg komen ttg islam.. ade satu hadith nabi yg berbunyi lebih kurang cmni,”barangsiapa yg tidak mengikut sunnahku, maka dia bukanlah umatku” yg dok bela2 tuntutan org yg x tau psl agama kite ni apsal.. klu xnk jd org islam,, pegi kt amerika nu.. murtad la ko kt sane sorg2.. memandai mensahihkan bende yg x betul.. bodoh sombong namenye 2…

    1. Sebab tak boleh lah dia tuntut. Dia nak macam kat Indonesia. Boleh daftar sahaja perkahwinan. Kat Indonesia tu lagi ramai peatusan islam penduduknya,

      Kalau ambiga tahu apa yang saudara sebutkan tu tak lah dia tuntut. Dia nak memancing kekuatan perpaduan umah di Malaysia ni.

      Kerana tuntutan itu Ambiga WAJIB ditentang oleh umat Islam. HARAM bersekongkol dan berketuakan beliau.

  2. Sy x sokong mn2… tp sila check dulu KESAHIHAN kenytaan d atas ni. Apa tu IFC(Inter Faith Commission)?…sy dh search kt ttg IFC & Ambiga..x jmpa apa2 pn ttg kenyataan ini. Jadi jgn kita jadi HAKIM sendiri @ hero tamil dgn fitnah yg merapu2. Skrg ni kena siasat & pastikn betul2 sumber asal KESAHIHAN sebarang kenyataan. Sudah x boleh percaya mn2 pihak pn skrg ni. Smua ada kepentingan masing2… jgn sebab ni tak pasal2 kita dapat rantaian DOSA drp fitnah atau sumber yg kita sendiri x pasti KESAHIHANNYA. Klau x tahu apa2 DIAM saja & jgn forward apa2 pn.

  3. ape ambiga wat x salah, tp x kene tmpt je. dh dia bkn muslim, jd kewajipan dia la utk sebarkan agama dia. mcm kita, tuhan suruh kita berdakwah, so adakah bila kita ajak agama lain masuk islam, kita dikira anti-*agama*. masing2 punya peranan la dlm agama masing2 la kn. dia ajak org murtad sorg, kita ajak la 10 org masuk islam kembali or hlg org dr murtad. seperti sy katakan td, ambiga buat itu btol cuma x kene tmpt sbb sini negara islam. so kene follow the rule rite. jgn salahkan org bila diri sendiri yg silap.. sekian..

  4. assalamualaikum saudara,yang PAS dan Pakatan Rakyat sokong adalah BERSIH bukan tuntutan IFC yang disokong…masing2 mungkin pnye agenda n motif tersendiri..nama pn politik..klu nak huraikan agenda2 dalam politik ni sangatla banyak bkn stakat PAS je,UMNO pn byk agenda …PAS bukanla bodoh nk ikutkan tuntutan IFC tu…tapi yg nyata tuntutan BERSIH mmg patut diambil..kte xsokong ambiga tpi BERSIH…kte negara demokrasi..semua tuntutan boleh dikaji tpi xsmstinya diikuti…perkara yg elok ptut dipertimbangkan..

    1. dia tuntut masa kes Lina joy nak keluar agama…takkan lupa….dengan cari menjatohkan puak umno baru benda ni boleh ON….memula dia jatohkan orang2 kampung2 PAS dulu…orang pas senang ja jatoh..mereka semua bongok2 belaka..Umno semua educated melayu mana leh makan…semua stock jaga melayu ngan islam pon sungguh pon mereka tak de la pakai serban ka kopiah..tp jiwa tu ada..

  5. KELAKAR. Masih ramai Melayu yang Mengaku ISLAM, tapi mengenepikan hukum2 ISLAM. Boleh ke hukum ISLAM diubah? pegi tanya Mursyidul am PAS, boleh ke Al-Quran diubah? saya bercakap bukan sebab Pro Gov @ Anti Gov. Tapi bila dah menyentuh ISLAM, umpama mempermain2kan hukum Allah. Belajar tanpa guru, macamni la jadiknya. ini MALAYSIA, dalam Perlembagaan pun dah tertulis Agama rasmi adalah ISLAM. Siapa si Ambiga ni nak mempertikaikan ni semua. bak kata malek. LU SIAPA ??? hahaha.

  6. Tuntutan ini tidak official dan mungkin tidak benar semata -mata untuk menyentuh isu agama agar rakyat tidak menyokong BERSIH..kalau benar pun,mungkin ader betul dan salah…saya sokong..mungkin pasal sesetengah isu agama patut diabaikan…yang penting kita perlukan perubahan daripada kerajaan kita sekarang yang penuh dengan kekejaman dan kekotoran..Isu perkauman tidak perlu disentuh di sini..tidak perlu tanya siapa atau kaum apa yang berjasa..rakyat patut diberi kebebasan bersuara untuk perubahan…bukan memanipulasikan keadaan dan menghampaka rakyat

  7. cesss…..palat betul la…dia sapa dtg2 nak buat tuntutan??mende elok jer dr zaman dulu2…dah mmg mase zaman dpt kemerdekaan syarat utama..ini adalah negara islam..dan agama utama adalah islam….keutamaan semua diberi kpd org melayu dan agama nyer…lu dtg2 nak mintak2 mcm2…lu sapa???apa jasa lu pada negara???yg bolehkan lu nak dptkan tuntutan nieh semua??wa xkesah kalo lu nak wat bersih ker…ape..tp kalo dah sentuh hak2 agama..lu sapa???cuba bgtau dulu…tiba2 nak usik point 1,2,3,5,6,8,9,10,11,12,13,14……sebelum lu lahir org lain sudah lama pegi perang nak dptkan hak2 nieh semua dr zaman2 penjajah…tiba2 lu lahir blajar luar negara…balik nak mintak nieh semua……LU SIAPA???

  8. Sebab melayu yg lahir secara paksa kena menganut agama islam ni la dorang x puas hati. Dorang ni ingin sgt lahir sbg agama lain. So kalau dah secara paksa lahir agama islam ni bengang dan carik jalan utk mengeluarkan diri mereka secara ‘tak sengaja’ dalam hal-hal perkahwinan ni. Kalau x suka cara malaysia jgn duk malaysia. Dah mati nanti baru menyesal. Kubur mmg masing2 tapi kubur ko mati sok bukan ko yg sendiri korek.

  9. Malaya: Cuba baca dgn tenang… Ada saya suruh perang dengan Ambiga? Saya cuma mencoretkan apa yang dituntut oleh Ambiga melalui IFC.

    Baca perenggan akhir…

    “Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam PAS dan PKR di dalam Negara kita hari ini. Kalau inilah yang kita mahukan, marilah kita menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Ambiga dan IFC”

    Baca dulu sebelum komen.

  10. Sedih nya bile baca tuntutan ambiga nie… melayu yang beragama islam bergaduh, mencaci sesama sendiri… Hilang akal ker… seorg perempuan beragama hindu menuntut dan memperlekehkan islam….. dibiarkan malah diberi sokongan oleh segelintir melayu islam sendiri…. MAna martabat kita sbg seorg islam, seorg melayu hingga membiarkan agama lain memperlekehkan kita….. Bukankah keamanan itu yang paling baik, mahu kah kita jadikan negara ini seperti negara bangsa asing yang menidakkan agama islam…. Saya berckp bukan sbb sy UMNO atau Saya PAS tapi saya berckp sbg seorg rakyat malaysia, seorg islam dan seorg melayu yang mahukan keamanan dan negara yg selamat untuk di jadikan tempat berlindung……

  11. Kamaluddin
    memperlekehkan bukan beerti ambiga patut diperangi

    kita org islam kena secara berhikmah..bukan membabi buta nk campak org masuk ISA,huh!!!

    ps-islam ni agama pelampau/extremist ke?selagi korang puak2 UMNO bersikap camtu…jgn tk percaya malaysia satu hari kelak bakal jadik next targt untuk kuasa2 asing dtg menceroboh sebab justified reason untuk memrangi pemimpin2 islam yg sewel macam muammar gaddafi

    ps-kita punya aset pertahanan pon byk depend kt kuasa2 asing jugak btul?AHHAAHAHHAHA

  12. so, apasal Ambiga x kena ISA pasal buat tuntutan mcm ni? Lembab betul polis and menteri, kalau Ambiga kena ISA pasal IFC ni, takde la jadinya BERSIH. Benda2 agama ni x boleh main2, terus campak kat Kemunting…takan nak tunggu jadi Indonesia ? Patut ada undang2, mana2 Islam atau bukan Islam yang memperlekehkan Islam, ISA…no question ask. Sendiri cari masaalah la.

  13. aku melayu
    aku tak kesah pon pasal murtad semua tuh..lantakla..kubur masing2.LOL..
    sapa pulak lahabau mana yg ckp ambiga memerangai islam?insaflah sahabat2 melayu ku sekalian..korang ni buta..
    ambiga tu OK je nice person & kalau dia agak terlajak, blh je ajak bermuzakarah & discussion & no need to include extremist macam korang ..hahaahah ptuih

    aku just tk setuju part13-pasal zakat je..itu tkleh sorilah sebab dh terang ckp dari org islam kepada org islam jugak

    bab blajar agama hindu ke buddha ke untuk budak2 yg beragama tuh logikla…
    .kerajaan UMNO pon jgn jadi bodoh nk blok sana blok sini tkkan nk paksa org agama lain blajar Islam kot..biarlah diorang datang secara real bukan paksa

  14. Apa yg diajukan ambiga ada betul dan ada salahnya, apa yang salah adalah no 13. pasal zakat, hanya org islam sahaja yang membyar zakat dan org bukan islam x terlibat dalam hal zakat ni.
    yang betul pulak, orang yang bukan islam tidak perlu memeluk islam dengan berkahwin dengan org islam. pendapat saya adalah, sekiranya lelaki yang bukan islam berkahwin dengan wanita orang islam, sepatutnya isteri yang ikut agama suami seperti orang kristian (lelaki – roman catholic, isteri angelican) isteri otomatic mesti tukar agama ke roman catholic. itu yang sepatutnya. kalau lelaki islam, isteri bukan islam mesti ikut suami memeluk islam. adilkan?

Leave a Reply