[Video] Pertikaian Taraf Kewarganegaraan ADUN DAP: SPR tunggu pemakluman rasmi oleh Speaker DUN Sarawak


https://youtu.be/yKWs2fknvdY

Berikut adalah kenyataan media daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia berkaitan SPR tunggu pemakluman rasmi oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak mengenai status ADUN N.74 Pujut, Yb Dr. Ting Tiong Choon.

Berhubung status Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.74 Pujut YB. Dr. Ting Tiong Choon yang dilaporkan telah dilucutkan keanggotaannya daripada menjadi ADUN Sarawak ekoran taraf kewarganegaraan beliau dipertikai kerana didakwa memiliki dua kerakyatan iaitu kerakyatan Malaysia dan Australia.

Buat masa ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya mengetahui perkara ini menerusi laporan oleh pihak media massa.

Sehubungan dengan itu, SPR akan menunggu pemakluman rasmi oleh Yang Berhormat Speaker DUN Sarawak mengenai kedudukan ADUN N.74 Pujut itu dan SPR hanya akan mengambil tindakan lanjut selepas menerima pemakluman secara rasmi.

Sekian, terima kasih.

DATUK SERI MOHD HASHIM BIN ABDULLAH

Pengerusi

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia

PUTRAJAYA

Tarikh: 12 Mei 2017

************

DUN Sarawak Melucutkan Kelayakan ADUN Pujut, Dr Ting Tiong Choon

Dewan Undangan Negeri DUN Sarawak hari ini melucutkan  kelayakan Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Pujut, Dr. Ting Tiong Choon sebagai wakil rakyat yang dipilih.

Ketika mengumumkan pelucutan berkenaan Yang Dipertua DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar berkata, 17 ahli DUN mengundi menyokong manakala 10 lagi mengundi menentang usul yang dikemukakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Commerce Dato Sri Wong Soon Koh.

Keputusan itu berkuatkuasa serta merta .

Dengan pengumuman itu, Pilihan Raya Kecil PRK akan diadakan bagi DUN Pujut.

#dunsarawak

2 Replies to “[Video] Pertikaian Taraf Kewarganegaraan ADUN DAP: SPR tunggu pemakluman rasmi oleh Speaker DUN Sarawak

Leave a Reply