1 MAUT, 1 CEDERA DIHEMPAP PINTU HIDRAULIK LORI SAMPAH DI BUKIT TAGAR, HULU SELANGOR - pakdin.my

HULU SELANGOR: Seorang pekerja syarikat pembersihan Alam Flora Sdn Bhd, maut manakala seorang lagi cedera parah selepas dihempap pintu hidraulik sebuah lori sampah di tapak pelupusan sampah di Bukit Tagar, Kuala Kubu Bahru di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 7.50 pagi itu, kedua-dua pekerja warga tempatan terbabit sedang melakukan tugas mengeluarkan sampah dari bahagian belakang lori berkenaan.

Bagaimanapun, pintu hidraulik yang bersambung pada bahagian belakang badan lori berkenaan tercabut sebelum menghempap kedua-dua pekerja terbabit.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, berkata seorang dari mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh.

“Pihak bomba yang tiba di lokasi kejadian sekitar jam 8.40 pagi membantu mengalihkan pintu hidraulik berkenaan bagi membawa keluar mangsa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, R Suparamaniam ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut (SDR).

20170108-maut-hempap-pintu-hidrolik-bukit-tagar

UTAMABERITA1 MAUT, 1 CEDERA DIHEMPAP PINTU HIDRAULIK LORI SAMPAH DI BUKIT TAGAR,...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium