32 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

1 maut, 3 cedera kereta api kena bom di Pattani

PATTANI: Seorang pekerja kereta api maut manakala tiga rakan kerja lain cedera apabila kereta api yang dikendalikan mereka terkena letupan bom selepas melepasi stesen Nikom Khokpo di sini, hari ini.

Dalam kejadian 5.45 petang itu, kereta api enam gerabak dengan 100 penumpang yang dalam perjalanan dari Sungai Golok ke Hatyai, terkena bom 20 kilogram yang ditanam di landasan kereta api di stesen berkenaan.

Bagaimanapun, semua penumpang tidak mengalami kecederaan. Ketua Polis Pattani, Mej Jen Thanongsak Wangsupa, berkata mangsa yang terkorban, Chavalit Khonpan, 53, dan tiga pekerja termasuk seorang wanita itu menaiki gerabak terakhir tanpa penumpang.


Beliau berkata, kereta api itu singgah di stesen berkenaan dan mula bergerak apabila bom berkenaan meletup di bahagian akhir kereta api berkenaan sehingga gerabak terakhir itu terputus dua.

“Seorang daripada tiga yang cedera itu adalah kakitangan wanita yang mengalami kecederaan parah.


Mangsa terbunuh di tempat kejadian manakala yang cedera dihantar ke Hospital Pattani untuk rawatan,” katanya kepada pemberita di sini.

Letupan bom itu meninggalkan kawah sedalam satu meter dan selebar dua meter. Polis sedang menyiasat mereka yang mendalangi serangan itu.


bom-kererapi-thailand-1-terbunuh-1.jpg

bom-kererapi-thailand-1-terbunuh-2.jpg

Berita Berkaitan

Anak Sultan Brunei, Putera Abdul Azim, meninggal dunia pada usia 38 tahun

BANDAR SERI BEGAWAN: Anak Sultan Brunei, Putera Haji Abdul Azim meninggal dunia pada usia...

Gelombang kedua COVID-19, Perancis isytihar darurat, kuat kuasa perintah berkurung

PARIS -- Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Rabu mengumumkan perintah berkurung waktu malam dikuatkuasakan...

Gagal sekat kandungan sensitif, Thailand ambil tindakan terhadap Facebook dan Twitter

BANGKOK ― Kementerian Ekonomi Digital dan Masyarakat Thailand memfailkan aduan kepada polis jenayah siber...

Pakar British, Australia maut ketika mematikan bom

HONIARA (PULAU SOLOMON): Dua pakar pemusnah bom dari Britain dan Australia maut dalam cubaan...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan