SPRM: Ingat Tuhan Sama - pakdin.my

Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan anggota parlimen Pontian, Ahmad Maslan dan bekas anggota Parlimen Johor Bahru, Shahrir Samad adalah satu penyalahgunaan proses undang-undang bagi menekan musuh politik PH.

Menurut SPRM “Shahrir dan Ahmad masing-masing bakal menghadapi satu dan dua pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.”

Tangkapan dan pertuduhan ini dibuat selepas PH kalah dalam PRK Kimanis menunjukkan ada unsur menekan parti pembangkang.

Lebih serius ini merupakan penyalahgunaan proses undang-undang kerana kedua-dua mereka telah berhadapan saman sivil SPRM dalam isu yang sama.

Rakyat melihat Ini satu kerja kotor dan tidak profesional SPRM.

Kedua-dua mereka tidak sepatutnya didakwa di bawah AMLA kerana mereka menerima wang dari sumber yang sah iaitu Perdana Menteri Malaysia.

Tidak timbul isu Najib Razak mencuri atau tidak kerana ia merupakan perbuatan di luar pengetahuan mereka.

Pada masa mereka menerima wang tersebut Najib Razak bukanlah individu yang dikaitkan dengan penggubahan wang haram mahu pun kegiatan keganasan.

Namun yang lebih penting kenapa proses mencari keadilan harus dibuat dalam keadaan hendak menindas dan menganiaya pihak yang tidak berkuasa?

Kita mahu SPRM melaksanakan tugas dengan cemerlang namun jangan sampai tampak seperti menganiaya orang yang tidak menyokong kerajaan.

Jika tidak takut pembalasan dunia kalau PH kalah nanti pun ingatlah sama kepada Tuhan.

Ab Jalil Backer

…………….
SPRM dakwa Shahrir Samad, Ahmad Maslan esok bawah AMLATFPUAA

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat izin mendakwa bagi menuduh 2 pemimpin Umno, Shahrir Abd Samad dan Ahmad Maslan esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Shahrir dan Ahmad masing-masing menghadapi 1 dan 2 pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).

“SPRM menahan Shahrir pada 11.22 pagi manakala Ahmad pula ditahan pada 10.10 pagi ini di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas mereka hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir.

“Kedua-dua mereka kemudiannya dilepaskan dengan jaminan SPRM,” katanya dalam kenyataan.

Semua maklumat berkaitan kes itu akan dimaklumkan esok selepas pertuduhan dibacakan.

Shahrir merupakan ketua Umno Johor Bahru, bekas ahli Parlimen Johor Bahru, dan pernah menjadi pengerusi Felda, manakala Ahmad Maslan adalah ahli majlis tertinggi Umno, ahli Parlimen Pontian, dan pernah menjadi timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

UTAMAPOLITIKSPRM: Ingat Tuhan Sama

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium