UtamaDUNIACovid-19: Bukan terkandas, tetapi...

Covid-19: Bukan terkandas, tetapi mohon untuk pulang ke Malaysia - pakdin.my

  • 108 merupakan pelajar yang baru sahaja dua minggu lepas membuat petisyen mahu pulang
  • 16 orang adalah pelawat jangka pendek dan petugas syarikat minyak dan gas
  • Perlu dibezakan antara terkandas dan membuat petisyen ingin pulang

MOSCOW: Sejumlah 124 warga Malaysia yang kini berada di Rusia tidak terkandas sebagai mana dilaporkan.

Kumpulan itu, sebaliknya, hanya menyatakan hasrat untuk kembali ke tanah air dengan segera, jika dibenarkan.

Menurut Timbalan Ketua Misi Kedutaan Malaysia ke Rusia, Johan Ariff Abdul Razak, mereka perlu dibezakan antara terkandas dan membuat petisyen ingin pulang ke Malaysia.

“Daripada jumlah 124 itu, 108 merupakan pelajar yang baru sahaja dua minggu lepas membuat petisyen mahu pulang, baki 16 orang adalah pelawat jangka pendek dan petugas syarikat minyak dan gas yang sepatutnya meninggalkan Rusia pada awal April dan hujung Mac tetapi gagal berikutan penutupan sempadan,” kata beliau dalam kiriman melalui Whatsapp semasa dihubungi.

Beliau merujuk kepada keputusan kerajaan melalui Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang meminta supaya kesemua 124 rakyat Malaysia itu kekal berada di Rusia dan tidak pulang ke tanah air sehingga wabak COVID-19 berakhir.

Sebelum ini laporan menyebut, 124 rakyat Malaysia yang terdiri daripada tiga individu, tiga pelancong, 10 pekerja di sektor minyak dan gas serta 108 pelajar yang terkandas di Rusia berikutan sekatan perjalanan susulan wabak COVID-19, tidak sabar untuk pulang ke tanah air.

Mereka masih tidak dapat keluar dari Rusia sejak sekatan penerbangan komersial keluar dan masuk dikuat kuasa pada 28 Mac hingga 1 Mei.

Ketika meminta kesemua mereka kekal berada di Rusia, Ismail Sabri berkata, banyak faktor menjadi pertimbangan sebelum kerajaan membuat sebarang keputusan untuk membawa pulang ke tanah air mana-mana warga Malaysia di luar negara.

Antara yang menjadi pertimbangan termasuk, bilangan warga yang mahu dibawa pulang dan adakah kebajikan mereka dijaga dengan baik atau sebaliknya.

Mengulas lanjut, Johan Ariff berkata, kesemua 124 warga Malaysia itu berada dalam keadaan baik dan tiada apa yang perlu dirisaukan memandangkan mereka sentiasa mendapatkan maklumat terkini dari semasa ke semasa dengan kedutaan.

“Mereka juga ada tempat tinggal, cukup makan dan minum selain sentiasa berhubung dengan pihak kedutaan mengenai sebarang keputusan terkini sama ada melibatkan kerajaan Rusia atau Malaysia ketika COVID-19 melanda,” ujar beliau.

Johan Ariff turut meminta rakyat Malaysia di Rusia yang belum mendaftar dengan kedutaan untuk melakukannya secepat mungkin bagi memudahkan urusan komunikasi dan kemas kini bilangan warga Malaysia di negara berkenaan.

Pada masa ini terdapat 893 penuntut Malaysia di seluruh Rusia yang berdaftar dengan kedutaan.

Sehingga Isnin, Rusia mencatatkan 47,121 kes positif COVID-19 dengan 405 kematian.

Berkaitan

Baca Juga

Letupan bom di tepi jalan membunuh pegawai polis dan mencederakan empat lagi di selatan Thailand

Satu letupan bom di tepi jalan membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan empat lagi pegawai di wilayah Pattani di selatan Thailand semalam. Beberapa anggota pegawai...

Pelajar perempuan dirogol di asrama sekolah di hadapan rakan-rakan

Seorang gadis berusia 17 tahun telah dirogol di hadapan rakan-rakannya oleh seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun ketika dia berada di asrama kuarantin Covid-19...

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN). Pengumuman itu sekadar...

[VIDEO] MBJB naik taraf pam air dalam usaha tangani banjir kilat

JOHOR BAHRU -- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menaik taraf pam air dari empat unit kepada enam unit di Rumah Pam Sungai Chat,...

[VIDEO] Polis kesan peragut rantai emas

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan peragut di dalam sebuah video insiden ragut rantai emas yang sedang dipakai mangsa ketika duduk di atas motosikal...

[VIDEO] Jambatan Kampung Parit Baru runtuh

BATU PAHAT: Akibat dirempuh rumput tebal ketika air sungai deras, jambatan utama di Kampung Parit Baru, Parit Raja di sini runtuh semalam 24 September...

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA NEW YORK: Enam puluh lima tahun lalu, seorang pemimpin bernama Ismail mencipta sejarah...

[VIDEO] Zahid bebas: Sampul apa boleh muatkan wang S$600,000 dan tiga saksi tak boleh dipercayai – Hakim

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara...

[VIDEO] Pemandu lori maut, tujuh anggota polis cedera kemalangan di PLUS berhampiran R&R Pedas-Linggi

REMBAU: Seorang pemandu lori maut manakala tujuh anggota polis cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) berhampiran Hentian...

[VIDEO] Peguam Anwar, Zulkifli Noodin suruh Azilah reka-cipta Akuan Bersumpah palsu sabitkan Najib, Rosmah bunuh Altantuya

Datuk Zulkifli Noordin bekas peguam Anwar berkata beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu bersubahat mengikut...

[VIDEO] Remaja hilang dari rumah ditemui lemas

MIRI – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya sejak petang semalam ditemui lemas di Pantai Coco Cabana di sini petang tadi 19...

[VIDEO] Gunung berapi lumpur di Tabin, Lahad Datu ‘meletus’

KOTA KINABALU: Sebuah gunung berapi lumpur di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu memuntahkan lumpur dalam jumlah yang banyak selepas dipercayai 'meletus' pagi tadi. Fenomena...