Lagu ‘You’ll Never Walk Alone’ berkumandang - pakdin.my

PENGURUS Liverpool Jurgen Klopp berjanji akan berparti bersama-sama penyokong setia meraikan kejuaraan trofi Liga Perdana Inggeris sebaik sahaja pandemik Covid-19 berakhir.

The Reds secara rasminya menjulang trofi kejuaraan selepas mencatat kemenangan 5-3 ke atas Chelsea di Anfield biarpun stadium kosong tanpa kehadiran penyokong.

Klopp berjanji akan meraikan kejuaraan bersama penyokong-penyokongnya selepas Covid-19 berakhir.

Pun begitu, Klopp merancang akan mengadakan sambutan bersama penyokong-penyokong di atas kejayaan luar biasa ini selepas ini.

“Terima kasih, kita semua patut bersama meraikan kejayaan di rumah. Apabila virus ini hilang, kita akan menyambutnya dan berparti bersama!”

Stadium bercahaya biarpun tanpa kehadiran penyokong setia.

Klopp turut berada di atas pentas ketika kapten pasukan Jordan Henderson menjulang trofi kejuaraan buat kali pertama selepas tahun 1990.

Kelihatan bunga api menerangi stadium dan lagu rasmi kelab ‘You’ll Never Walk Alone’ dimainkan melalui pembesar suara.

Kapten Henderson menjulang trofi kejuaraan.

“Ini adalah kehidupan. Anda dapat apabila buat yang terbaik. Semuanya akan lebih baik jika bersama penyokong-penyokong tetapi untuk tempoh enam bulan ia mungkin tidak mustahil.

“Kami lakukan untuk mereka. Semua orang meraikan di rumah, ia adalah momen indah,” tambah Klopp. – Dailymail

UTAMAGAYA HIDUPLagu 'You'll Never Walk Alone' berkumandang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium