PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang - pakdin.my

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas.

Daripada 17 kawasan yang beliau lawati dan berceramah, 12 kawasan parti Warisan kalah.

Jumlah itu boleh bertambah kalau tidak kerana calon BN bagi DUN KuKusan, kalah dengan perbezaan 10 undi sahaja kepada calon Warisan, kata Najib.

Tambah Najib lagi, “walaupun masih penat sejak saya pulang dari Sabah pada Ahad lalu , saya puas hati bahawa saya masih mampu menyumbang sedikit sebanyak kepada kisah karamnya sebuah kapal layar”.
…………..
Posting Facebook Najib  Razak

Selain posting dan sesi FB live online, saya sempat melawat ke Sabah demi membantu berkempen pada setiap hujung minggu bagi 3 minggu berturut-turut.

Saya sempat berceramah di 17 kawasan DUN :
– Kukusan
– Tanjung Batu
– Balung
– Tanjung Aru.
– Tanjung Keramat
– Pitas
– Usukan
– Pantai Dalit
– Karambunai
– Sook
– Pantai Manis
– Darau
– Sg Manila
– Sekong
– Gum Gum
– Telupid
– Lamag

Keputusannya ialah Warisan kalah di 12 daripada 17 kawasan DUN itu.

Yang paling rugi ialah DUN Kukusan di mana calon BN kalah 10 undi sahaja kepada calon Warisan (2,824 undi vs 2834 undi).

Walaupun masih penat sejak saya pulang dari Sabah pada Ahad lalu , saya puas hati bahawa saya masih mampu menyumbang sedikit sebanyak kepada kisah karamnya sebuah kapal layar. ?

UTAMAPILIHAN RAYAPRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium