Bangunan Di KL Bergelap Sejam Tanda Sokong Kempen Earth Hour 2012 - pakdin.my

Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (tengah) dan isteri, Datin Nafesah Raja Nong Chik melambai tangan ketika Kempen Kesedaran Alam Sekitar sempena 'Earth Hour' di sini, malam Sabtu
Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (tengah) dan isteri, Datin Nafesah Raja Nong Chik melambai tangan ketika Kempen Kesedaran Alam Sekitar sempena 'Earth Hour' di sini, malam Sabtu

Bangunan di ibu kota bergelap selama sejam malam ini sebagai tanda sokongan terhadap Kempen Earth Hour 2012 dalam misi menyelamatkan dunia daripada pemanasan global dan perubahan iklim yang berlaku sekarang.

Tinjauan Bernama mendapati beberapa mercu tanda di ibu negara seperti Menara Berkembar Petronas, pusat beli belah Suria KLCC, Bangunan Sultan Abdul Samad, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mula bergelap pada 8.30 malam.

Earth Hour bermula pada 2007 di Sydney, Australia hasil cetusan Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) dan pada tahun berikutnya, ia mendapat sambutan luar jangkaan apabila disertai lebih 50 juta masyarakat di 35 negara di seluruh dunia.

Di Bangsar, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bersama isteri Datin Nafesah Abdullah turut meraikan kempen kesedaran alam sekitar itu di pusat beli belah Bangsar Village.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis Earth Hour anjuran Green Lifestyle Association itu, beliau meminta warga kota menjadikan kempen tersebut sebagai amalan harian, iaitu mengurangkan penggunaan elektrik dan kenderaan bagi memulihara alam sekitar.

Raja Nong Chik berkata kempen itu sebenarnya membawa mesej semua orang perlu memainkan peranan bagi mengurangkan pencemaran udara yang kini semakin membimbangkan.

UTAMABERITABangunan Di KL Bergelap Sejam Tanda Sokong Kempen Earth Hour 2012

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium