UtamaNASIONALPemuda manfaatkan tempoh kawalan...

Pemuda manfaatkan tempoh kawalan pergerakan tanam ubi vitato - pakdin.my

SETIU – Enggan mensia-siakan masa terluang sepanjang tempoh kawalan pergerakan, seorang pemuda berusia 19 tahun memberanikan diri mengusahakan tanaman ubi keledek vitato (ubi vitato) walaupun tidak mempunyai pengalaman dalam bidang pertanian.

Muhammad Ikmal Haikal Ab. Mueei yang sebelum ini bekerja sebagai pembantu di kedai makan ternyata tidak melepaskan peluang apabila ditawarkan menjadi seorang daripada 70 peserta tanaman ubi vitato berkelompok di Kampung Banggol di sini.

“Saya mula menanam ubi vitato lebih sebulan yang lepas setelah ditawarkan satu ekar tanah (0.40 hektar) untuk diusahakan. Pada mulanya saya teragak-agak juga kerana langsung tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan berkaitan pertanian ini.

“Namun setelah difikirkan saya pun tidak dapat bekerja sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini jadi saya terima tawaran untuk tanam ubi. Pada mulanya memang susah, serba-serbi saya tidak tahu tetapi ramai peserta lain yang lebih berusia dan berpengalaman sudi memberi tunjuk ajar,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita pada Program Penuaian Ubi Vitato, di Pusat Tanaman Ubi Vitato Berkelompok di Kampung Banggol, di sini, selain  berasa gembira dan tidak sabar menunggu hasil titik peluhnya yang pertama itu dapat dituai dalam tempoh dua bulan lagi.

Muhammad Ikmal berkata walaupun bidang pertanian kurang diminati anak muda yang seusia dengannya, namun beliau bukan sahaja tidak berasa malu malah bercita-cita untuk menjadi seorang petani yang berjaya satu hari nanti.

“Antara yang saya pelajari sepanjang menanam ubi adalah mengenai disiplin masa dan kerajinan. Rutin saya hampir setiap hari di kebun bermula seawal 7 atau 8 pagi untuk meracun pokok. Pada waktu petang perlu juga ke kebun untuk kemas-kemas kebun atau membaja.

“Lagipun saya usahakan kebun seorang diri jadi perlu bekerja keras sikit. Ada juga ayah (Ab. Mueei Hamid, 62) dan emak (Fatimah Saleh, 50) menolong tetapi mereka pun sudah agak berumur dan tidak boleh melakukan kerja-kerja berat,” katanya yang mengeluarkan modal RM1,000 untuk mula menanam ubi itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu Dr Azman Ibrahim berkata pusat tanaman ubi vitato itu bermula awal tahun ini adalah projek kerajaan negeri melalui anak syarikatnya, Terengganu Agrotech Development Corporation (TADC).

“Pusat tanaman itu diusahakan 70 penduduk tempatan. Melalui projek ini setiap peserta disediakan seekar tanah untuk diusahakan tanaman ubi vitato melalui Lesen Pendudukan Sementara. Kami anggarkan setiap ekar mampu mengeluarkan hasil sebanyak 5 tan ubi yang dijual RM1.80 sekilogram.

“Jadi tanaman berkelompok seluas 70 ekar atau 28 hektar ini dapat menghasilkan kira-kira 350 tan ubi vitato dengan anggaran hasil jualan RM630,000. Ubi vitato menerima permintaan yang lebih tinggi pada musim tengkujuh dan harganya juga dijangka akan turut meningkat pada waktu tersebut,” katanya.

Dr Azman menyeru lebih ramai petani termasuk golongan muda menceburi industri tanaman ubi vitato memandangkan ia mempunyai prospek yang tinggi dan mampu menembusi pasaran pasar raya terkemuka terutama di Terengganu.

— BERNAMA

 

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...