[Video] Covid-19: Sembur cecair tak berkesan, doktor minta henti operasi sanitasi bandar - pakdin.my

Operasi sanitasi bandar dengan menyembur cecair pembasmi kuman tidak berkesan menghapuskan virus Covid-19, kata seorang pengamal perubatan.

Dr Amar Singh berkata, cara itu malah boleh mendatangkan kesan negatif kerana tiada sokongan data dan sains yang membuktikan ia boleh mencegah wabak dari merebak.

“Sama sekali tidak berkesan. Mungkin mendatangkan keburukan.

“Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) juga tidak menggalakkan untuk melakukannya,” catatnya di Twitter.

Hantarannya merujuk kepada sebuah video kerja-kerja membasmi kuman dilakukan di bandar Kota Kinabalu dengan kaedah penyemburan oleh lori tangki.

Sehubungan itu Dr Amar menggesa agar pihak yang terlibat menghentikan proses itu.

Katanya adalah lebih baik penggunaan peralatan perlindungan peribadi (PPE) dijimatkan dan diberikan kepada kakitangan hospital.

Proses sanitasi awam biasanya dilakukan di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai seperti di bandar dan kawasan pusat beli-belah.

https://youtu.be/U00J1loCK20

UTAMABERITA Covid-19: Sembur cecair tak berkesan, doktor minta henti operasi sanitasi bandar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium