Muzakarah Tuntutan Fardu Ain - pakdin.my

Muzakarah antara PAS dan UMNO perlu diteruskan demi penyatuan umat melayu Islam di negara ini.

Malah, menurut Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut, perpecahan ummah yang semakin meruncing menjadikan muzakarah itu kini satu tuntutan fardu ain.

DATUK NOH GADUT/PENASIHAT MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR
“Wahai orang beriman, naklah kamu bersatu, berpeganglah kepada jalan Allah, bersatu, ikut Quran, Quran suruh berpecahkah. Suruh bersatu, kiblat bersatu, apa nama kaabah satu, nabi satu, kenapa kita tak bersatu.”

Datuk Noh ditemui selepas menghadiri perasmian Pandan Uptown Johor Bahru.

Menurutnya, PAS tidak perlu meletakkan sebarang syarat jika benar-benar ikhlas untuk bermuzakarah dengan UMNO.

Muzakarah itu pula perlu menjurus ke arah kepentingan ummah, perpaduan orang melayu dan kestabilan negara.

DATUK NOH GADUT/PENASIHAT MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR
‘Kalau letakkan syarat, itu tandanya tak nak muzakarah. Bila nak bertemu, duduk dalam tu sebutlah apa yang patut.”

UTAMABERITAMuzakarah Tuntutan Fardu Ain

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium