[Video] Pemandu cedera, lori simen dipandu langgar 2 rumah - pakdin.my

TANJUNG MALIM: Dua rumah rosak selepas sebuah lori muatan simen dipercayai mengalami kerosakan brek terbabas melanggar rumah terbabit di Taman Bernam, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian itu, pemandu lori berumur 36 tahun mengalami kecederaan, manakala penghuni rumah dilaporkan selamat.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir, berkata polis menerima laporan kejadian itu pada kira-kira jam 9.55 pagi.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati kemalangan terbabit berlaku dipercayai ketika pemandu lori berkenaan dalam perjalanan dari kilang ke taman berkenaan untuk menghantar simen konkrit.

“Selepas pemandu selesai menghantar simen dan hendak ke tempat lain, ketika menuruni bukit di kawasan perumahan itu, brek lori dipercayai mengalami kerosakan dan tidak berfungsi.

“Akibat kejadian itu, lori terbabas dan melanggar dua rumah yang terletak berhampiran kawasan jalan berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Hasni berkata, dalam kejadian itu, pemandu lori cedera di kepala dan muka, manakala penghuni rumah selamat.

Katanya, pemandu lori dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan lanjut dan sampel darah diambil serta dihantar ke Jabatan Kimia Ipoh untuk dianalisis.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

UTAMABERITA Pemandu cedera, lori simen dipandu langgar 2 rumah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium