Myvi dipandu warga emas rempuh pasar raya - pakdin.my

MANJUNG: Sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pasar raya Sakan Seri Manjung di Jalan Medan Sitiawan 1 di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pihaknya mengesan kemalangan berkenaan selepas rakaman video tular di media sosial yang dimuat naik di kumpulan Facebook ‘Komuniti Seri Manjung’.

“Siasatan mendapati kemalangan kira-kira 3.15 petang itu terjadi ketika kereta dipandu wanita berusia 75 tahun itu dipandu dari arah sebuah farmasi menghala ke arah stesen minyak Caltex Samudera.

“Apabila tiba di simpang tiga pasar raya itu, pemandu hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh psar raya terbabit, katanya dalam kenyataannya, malam tadi.

Nor Omar berkata, wanita warga emas itu cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Seri Manjung.

“Kes disiasat mengikut Kaedah 10 LN 166/59 bagi kesalahan gagal kawal kenderaan,” katanya.

Katanya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung memohon kerjasama orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-6886222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran bagi membantu siasatan pihak polis.

UTAMABERITAMyvi dipandu warga emas rempuh pasar raya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium