UtamaPOLITIKDAP Sokong Hudud, Hanya...

DAP Sokong Hudud, Hanya Karpal Yang Tentang - pakdin.my

Walaupun pendirian DAP mengenai hudud adalah tetap iaitu menentangnya, tetapi parti tersebut nampaknya sudah malas melayan salakan PAS yang ingin melaksanakannya. Sebaliknya, hanya Karpal Singh seorang yang masih bersemangat menyergah PAS.

Malah, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng secara ‘rasminya’ meletakkan isu tersebut di atas bahu Karpal seorang dengan menyatakan yang DAP tiada hak untuk menjawab mengenai prosiding mahkamah terhadap Nasharuddin, ahli Majlis Syura PAS mengenai isu hudud.

Mungkinkah akhirnya DAP menyedari bahawa mereka juga perlukan PAS untuk merealisasikan impian ke Putrajaya? Justeru, mereka mengambil jalan selamat dengan menghantar seorang saja ‘pejuang’ (Karpal Singh) untuk menghadapi beribu-ribu ekor anjing (akar umbi PAS). Ini lebih baik dari terpaksa berkelahi dengan anjing-anjing suruhan dan memalukan diri sendiri di depan musuh.

DAP pastinya telah mencongak-congak akibat jika ‘pejuang’ yang seorang itu terkorban dibaham anjing-anjing dan apa yang mereka jangkakan ialah ia bukan merupakan satu kerugian yang besar. Namun begitu, DAP lebih yakin yang anjing-anjing tersebut tidak akan membaham sesiapa tetapi hanya akan terus menyalak-nyalak bising sekadar untuk menarik perhatian media dan pengundi.

Walaubagaimanapun, di kalangan pengundi Cina, mereka masih lagi ragu-ragu akan strategi menghantar Karpal Singh seorang menghadapi tekanan akar-umbi dan segelintir pemimpin PAS. Tindakan Guan Eng, Kit Siang dan pemimpin-pemimpin DAP yang lain yang berdiam diri dikhuatiri akan memakan diri.

Kaum Cina tidak lupa akan pesanan orang lama bahawa jangan sekali-kali memandang rendah akan kebolehan orang Melayu berpolitik, termasuklah Melayu PAS.

Selain itu, sikap Guan Eng yang angkuh dan sombong membuka ruang kepada kesilapan dalam menyusun strategi dan isu hudud ini kemungkinan besar adalah kesilapan yang masih tidak disedarinya.

Kaum Cina ingin melihat DAP yang tegas dan lantang serta berada lebih tinggi dari PAS. Sokongan kaum Cina yang cenderung kepada DAP akhir-akhir ini adalah kerana mereka percaya yang DAP sentiasa menguasai PAS dari belakang.

Dengan sikap pasif DAP mengenai hudud akhir-akhir ini menyebabkan ramai yang tertanya-tanya, ‘apa sudah jadi?’.

Benar, ia mungkin hanya strategi politik untuk mengelak pertelagahan secara terbuka di antara parti-parti sekutu Pakatan Rakyat. Tetapi, selama ini pun DAP sering berbalah dengan PAS mengenai isu hudud secara terbuka. Justeru, kenapa hanya akhir-akhir ini, DAP perlu berselindung dalam menyanggah PAS? Kenapa tidak lagi lantang dan garang seperti biasa? DAP dihormati kerana keterbukaan dan kelantangan dalam memperkatakan prinsip serta tidak perlu dan tidak akan tunduk atau berselindung dari sesiapa.

Apakah PAS telah berjaya mentarbiah DAP? Inilah yang menjadi topik perbualan di kalangan kaum Cina hari ini.

Hudud tiada dalam Buku Jingga kerana ia telah dipersetujui secara bersama bahawa ia tidak akan dilaksanakan di bawah pemerintahan PR . Oleh itu, kaum Cina melihat adalah tidak menjadi kesalahan malah merupakan kewajiban bagi DAP untuk mempersoal atau menyanggah sesiapa sahaja yang menyatakan sebaliknya.

Jelas, menyanggah PAS secara berselindung tidak membawa kebaikan apa-apa kepada DAP. Sebaliknya, ia mampu menggoyahkan kepercayaan kaum Cina ke atas kewibawaan parti itu.

Di pihak PAS pula, menyerang Karpal seorang tidak akan memulihkan keyakinan kaum Melayu kepada parti itu kerana prinsip Karpal menolak hudud adalah juga prinsip DAP yang mana ia tidak pernah berubah, tegas dan kekal. PAS perlu dilihat menentang DAP secara keseluruhan, secara berani, terbuka, tegas dan lantang atas nama Allah S.W.T – jika benar ikhlas ingin melaksanakan hudud.

Pemimpin PAS nampaknya gagal menilai kesan dari mengajak Karpal Singh bersilat seorang diri.

Imej PAS sebenarnya akan lebih buruk jika masih tidak berjaya memperjuangkan hudud walaupun hanya berhadapan dengan Karpal Singh seorang dan bukannya seluruh parti DAP. Bayangkan, bagaimana PAS mampu menghadapi pengundi Melayu jika DAP menang dalam mempertahankan prinsip mereka walaupun hanya menghantar seorang pejuang – OKU pulak tu…?

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...