Sunday - July 25, 2021 @ 01:32
EDITORIAL1MDB1MDB: Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) Sahkan Tiada Bank Singapura Terima USD3...

1MDB: Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) Sahkan Tiada Bank Singapura Terima USD3 Bilion Daripada Goldman Sachs Group Inc. – Fitnah Protun Kantoi Lagi

1mdb-tiada-wang-3bil-disalur-ke singapura

Semalam, PROTUN sangat teruja memfitnah dan berkata, WSJ melaporkan bahawa USD3 bilion daripada jualan bon 1MDB pada 2013 dimasukkan ke sebuah cawangan bank Swiss Singapura, bermakna Najib menerima RM2.6b daripada 1MDB dan bukan dari Pak Arab.

Walau bagaimanapun, hari ini Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) mengeluarkan kenyataan “sebagai tindak balas kepada pertanyaan media,” dengan mengatakan bahawa “tiada satu pun bank-bank di Singapura telah menerima USD3 bilion daripada Goldman Sachs Group Inc. berkaitan dengan jualan bon oleh 1Malaysia Development Bhd. “

PROTUN kantoi lagi.

Cuba lagi dengan fitnah yang lain.

Dan WSJ, sila berikan laporan dengan tepat.
Kita tahu lah sekarang ini berlangsung pilihan raya kecil dan masing-masing memasang strategi kempen, tetapi fitnah ini adalah amat memalukan.


http://www.bloomberg.com/news/articles/2016-06-08/singapore-says-none-of-its-banks-got-3-billion-of-1mdb-funds


Satu Lagi Pembohongan WSJ Terbukti – Tengku Sariffuddin

Dakwaan palsu ‘The Wall Street Journal’ (WSJ) terhadap Malaysia sekali lagi terbukti sebagai pembohongan, kali ini oleh Pihak Berkuasa Kewangan Singapura, kata Setiausaha Akbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.

Semalam, katanya, WSJ mendakwa Goldman Sachs memindahkan US$3 bilion daripada dana terbitan bon 1MDB kepada BSI Bank di Singapura dengan sebahagian dana itu kemudian dipindahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Hari ini, Pihak Berkuasa Kewangan Singapura menyatakan bahawa tidak ada bank di Singapura menerima pemindahan wang US$3 bilion daripada Goldman Sachs berhubung terbitan bon 1MDB,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Walaupun keseriusan dakwaan mereka, katanya, WSJ sama sekali tidak memberi sebarang bukti untuk menyokong dakwaan mereka – ia kini menjadi proses standard pelaporan mereka mengenai Malaysia.

Sebagai satu taktik pengecut untuk mengelak daripada disaman, WSJ memetik semua dakwaan mereka menggunakan sumber-sumber yang tidak dinamakan seperti ‘mereka yang biasa dengan perkara itu’ dan ‘penyiasat-penyiasat’ tanpa nama,” katanya.

Tengku Sariffuddin berkata sumber-sumber ini mungkin atau mungkin tidak wujud atau hanya proksi-proksi bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan kegagalan kempen anti-Najib beliau.

Tidak ada acara untuk rakyat Malaysia mengetahuinya kerana WSJ enggan mendedahkan sebarang sumber, katanya.

Menurutnya, setiap minggu lebih banyak dakwaan WSJ dan sumber tanpa nama dibuktikan sebagai pembohongan.

Seperti dakwaan WSJ bahawa Perdana Menteri tidak disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia, sedangkan beliau ditemuramah untuk beberapa jam pada 5 Dis 2015, katanya.

‘Atau beberapa laporan WSJ bahawa Perdana Menteri telah melantik Tan Sri Irwan Seigar Abdullah sebagai gabenor baharu Bank Negara Malaysia, apabila ini semua adalah palsu,” katanya.

Tengku Sariffuddin berkata kini sudah jelas bahawa WSJ telah mengabaikan semua laporan berkecuali dan bebas mengenai Malaysia.

Dengan menyampaikan pembohongan yang tidak disahkan oleh musuh kerajaan sebagai fakta, WSJ telah menjadi alat yang rela dalam kempen mereka secara terbuka untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi dengan menggunakan 1MDB sebagai alasan, katanya,

Beliau berkata ia perlu disiasat mengapa WSJ menerbitkan begitu banyak pembohongan terbukti mengenai sebuah negara dan mengapa sebuah akhbar antarabangsa mengambil sikap ‘menyebelahi’ dalam urusan dalaman negara.

Berkaitan:

85 COMMENTS

    • Saya sebenarnya tidak senang melayan kerenah tanpa fakta dn bukti, dapat dosa kering olihsebab racun kebencian yg disemai pihak yg berkepentingan.
      Walupun lapuran demi lapuran telah dimenghuraikan cerita sebenar, dn tuduhan media luar ternyata palsu, org kita terus terikut2 turut menyalak pasal 1MDB..Kenapa kurang menyalak kes2 jln pinhorn dn taman manggis yg hampir dn senang kita faham? Puak ini tak hantam pemimpin DAP, depa hantam MCA & Gerakan yg ‘bersama’ kita.
      Depa bangkitkan isu2 1MDB hasil maklumat cyberspace dn data belian yg dipinda (manipulated), tapi tidak pula hantam DAP yg punya kes2 terbukti berdokumen, yg mempunyai impak langsung keatas nasib rakyat yg memerlukan pembelaan?.. Kejadian ini tidak pelik sebenarnya, sebab mereka akn terus bersatu padu mengasak kerajaan dibawah kepimpinan UMNO demi mencapai misi mereka utk merampas ketuanan politik diBumi ini.
      Dari sejarah Negara kita dn pengalaman diluarnegara, bayangkan kesannya keatas kebebasan menegakkan syiar Islam serta kelangsungan warisan & budaya Melayu diBumi ini. Na’uzubillahiminzalik.
      Malah suasana jengkil yg sdg Malaysia alami skg ialah ujudnya puak yg belum berkuasa sepenuhnya, tetapi amat ghairah campurtangan dlm hal ehwal pentadbiran Islam serta amat biadap mengutuk Bangsa Melayu terang2an, tanpa sekelumit pun mempunyai perasaan bersalah…serta memelihara proxies utk kelihatan Bersih sambil ‘membaling batu sembunyi tangan’.
      Pantang didayuskan diBumi sendiri;
      Demi maruah dn jatidiri Agama , Bangsa &Negara Malaysia.

  1. BSI…Bank of Swiss tu apa jadah? Dah kena arah tutup pasal siasatan 1 MDB…BUAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAJAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHAAAA….

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here