1MDB: Sesiapa terbabit dalam penggubahan wang haram akan didakwa – PM - pakdin.my

najib-razak-soalan-lazin 31
Datuk Seri Najib Razak menjelaskan beliau sama sekali tidak mengetahui berhubung dakwaan wujudnya aktiviti penggubahan wang haram dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Perdana Menteri menegaskan, jika sesiapa saja didapati terbabit dalam aktiviti tidak sihat di syarikat terbabit itu, mereka akan dibawa ke muka pengadilan. “Tuduhan pihak tertentu bahawa pengubahan wang haram berlaku bagi membolehkan Ketua Audit Negara dan PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) menyelesaikan laporan lengkap mereka.
“Bagaimanapun, saya ingin nyatakan bahawa saya tidak tahu apa-apa mengenai (dakwaan) penggubahan wang oleh 1MDB.
“Sekiranya sesiapa yang didapati bersalah melakukan pengubahan wang haram, mereka akan dibawa ke muka pengadilan,” katanya menerusi soalan lazim (FAQ) bagi menjawab dakwaan pihak tertentu yang dimuatkan di laman web rasminya, NajibRazak.com hari ini.
Najib berkata, memandangkan isu 1MDB kini sudah dipolitikkan, selain dijadikan bahan oleh ahli politik veteran untuk menyerang kerajaan, maka mustahil untuk pengurusan syarikat terbabit menerangkan pelbagai dakwaan dibangkitkan, yang kebanyakannya sudah diputar belit dan diperbesarkan.
“Itulah sebabnya perkiraan yang terperinci mengenai fakta oleh pihak berkuasa yang sah diperlukan supaya tidak ada sebarang salah tafsir atau ‘spin’ (diputar-belit),” katanya.
Beliau berkata, membenarkan PAC dan Ketua Audit Negara untuk membentangkan fakta sepenuhnya akan meletakkan kerajaan dalam kedudukan yang lebih baik untuk menentukan apa sebenarnya yang berlaku.
“Ketua Audit Negara mempunyai reputasi yang tidak boleh dikompromi apabila melaporkan tentang kelemahan dalam kewangan awam. (Sementara) PAC terdiri daripada ahli parlimen dari dua pihak, kerajaan dan pembangkang,” katanya.
Oleh itu, beliau berkata, adalah ironis Ketua Audit Negara hanya akan mendedahkan apa yang diketahui umum bahawa skop tugasnya adalah untuk mendedahkan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan sebuah kementerian atau syarikat.
Bagaimanapun, PAC pula katanya mempunyai skop yang lebih luas dan telah pun memulakan siasatan mereka mengenai 1MDB.
“Sesetengah individu juga tidak puas hati bahawa ia akan mengambil masa dalam mengeluarkan hasil (keputusan).
Jika objektif untuk benar-benar mengetahui kebenaran tentang 1MDB daripada cuba untuk menggulingkan kepemimpinan semasa, (maka) juru audit perlu diberi masa untuk menghasilkan keputusan.
“Tidak ada bukti bahawa dana (1MDB) telah ‘dirompak’, hanya dakwaan.
Adakah ini bermakna kita harus menyebarkan khabar angin dan spekulasi dan bergerak untuk menggulingkan pemimpin negara jika jawapan segera tidak diberikan, dan bukannya mendapatkan maklumat sebenar apa yang sedang berlaku?,” katanya.

 
 

 

UTAMAEDITORIAL1MDB1MDB: Sesiapa terbabit dalam penggubahan wang haram akan didakwa - PM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium