Bila “MB Selangor No.2” Menyalak Soal Krisis Air di Hulu Selangor - pakdin.my

Mungkin cemburu melihat Menteri Besar, Khalid “Gagap” hebat bercakap soal teknologi membran dari Kanada dan kononnya mampu mengatasi krisis air di Selangor, Azmin Ali pun tidak mahu mengalah dalam hal ini dan mahu juga tumpang sekaki.

Mungkin dia juga nak “tunjuk pandai” dalam isu krisis air di negeri itu dan tidak mahu dilihat lebih bodoh dari Menteri Besar Selangor yang paling bodoh dalam sejarah itu.

Azmin dalam usaha tunjuk pandai itu baru-baru ini menyalak di Hulu Selangor menafikan negeri Selangor sedang mengalami krisis air. Kononnya, semua yang berlaku adalah propaganda Kerajaan BN untuk menakut-nakutkan rakyat…

Kemudian, dia sebut mengenai empangan Klang Gate yang melepaskan air sehinggalah menyebabkan banjir di kawasan Parlimennya di Gombak, kononnya membuktikan sumber air masih“banyak” di Selangor dan Loji Rawatan Air Langat 2 tidak perlu dibina.

Selain itu, Azmin salahkan pula SYABAS, kononnya syarikat konsesi air itu sengaja sabotaj Kerajaan Pakatan Haram Selangor dan gagal merawat air untuk dibekalkan kepada rakyat negeri itu.

Pada pandangan saya, Azmin sepatutnya perlu “ke sekolah” atau “disekolahkan” sebelum mahu berbicara mengenai krisis air yang melanda Selangor.

Apakah dia“buta” atau “pekak” untuk melihat betapa ramai rakyat Selangor yang merungut dan mengeluh apabila kediaman mereka tidak mendapat bekalan air dan mengalami tekanan air rendah. Mana-mana rumah flat, kondo dan apartment di tingkat atas paling merana!

Budak-budak di asrama sekolah pula terpaksa mandi dan membasuh di masjid-masjid berdekatan, manakala ramai suri-suri rumah yang terpaksa angkat baldi air yang berat untuk naik ke tingkat empat, lima dan tingkat 14!

Apakah semua itu propaganda Kerajaan Pusat atau mereka adalah mangsa yang tersepit akibat permainan Kerajaan Pakatan Haram Selangor yang mementingkan politik berbanding kebajikan hidup rakyatnya sendiri?

Lagipun, kalau benarlah Selangor tak ada masalah air, takkanlah Khalid “Gagap” terhegeh-hegeh cari teknologi membran sampai di Kanada dan beri projek berkenaan kepada kroni-kroni Pakatan Haram Selangor? Nampak sangatlah Selangor memang ada krisis air, Azmin nak nafi apa lagi?

Azmin sebut pasal empangan Klang Gate. Dia tahu ke fungsi empangan Klang Gate dan kenapa empangan itu sengaja lepaskan air pada hari cuaca panas? Dan apakah melepaskan air di empangan itu menandakan Selangor “banyak air”? Di sinilah letaknya kebodohan Azmin lagi…

Selain dari sumber air bersih untuk Lembah Klang, empangan Klang Gate itu berfungsi sebagai sebahagian dari pelan mitigasi “SMART Tunnel” bagi mengelak banjir besar berlaku di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Empangan itu memang tidak akan penuh danmempunyai satu paras yang perlu dikekalkan, untuk menahan air yang melimpah dari sungai semasa hujan.Kalau lepaskan air pada hari hujan, maka akan menyebabkan banjir lebih besarlah!

Dan air yang melebihi paras yang sepatutnya akan dilepaskan, khususnya di hari bercuaca panas. Itu pun tak tahu ke?

Paling utama, Azmin serang SYABAS! Tapi, tahukah dia bahawa Khalid “Gagap” meletakkan wakilnya di dalam Lembaga Pengarah SYABAS?

Maksudnya, Kerajaan Pakatan Haram Selangor adalah sebahagian dari SYABAS..! Terang-terang boleh dilihat Kerajaan Negeri Selangor memegang 30% saham SYABAS melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad dan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad.

Jadi, dengan wujudnya dua orang wakil Khalid sebagai “boss” dalam SYABAS, takkanlah wakil-wakil Pakatan Haram itu tak boleh buat apa-apa? Lainlah kalau mereka “makan elaun buta” tak buat kerja! Lepas tu nak salahkan Kerajaan Pusat pulak?

Lain kali kalau nak cakap pasal krisis air di Selangor, Azmin patut pergi sekolah dulu sebelum berhujah. Kalau dah dapat fakta, barulah bercakap.

Dalam hal ini, rasanya Khalid lebih tahu apa yang dia cakap walaupun dia “bodoh” dan “gagap”berbanding Azmin yang memang tak tahu apa-apa tapi nak cakap juga!

UTAMAPOLITIKBila “MB Selangor No.2” Menyalak Soal Krisis Air di Hulu Selangor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium