Mayat Reput Dalam Bas Disangka Wanita Tidur - pakdin.my

Disangka ada wanita sedang tidur di dalam sebuah bas namun sebaik diteliti lebih rapi, rupa-rupanya ia mayat wanita yang hampir reput.

Itu yang ditemui seorang pengawal keselamatan di stor Majlis Perbandaran Kajang, kira-kira jam 10:30 pagi.

Dia pada mulanya terhidu bau busuk dari sebuah bas yang telah lama disita oleh pihak MPKJ.

Sebaik dihampiri, dia ternampak seorang wanita terbaring di dalam bas itu dan menyangka wanita itu sedang tidur.

Selepas diperiksa, wanita itu didapati telah mati.

Polis kemudian segera dimaklumkan.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata mangsa berusia dalam lingkungan 20an itu dipercayai telah mati empat atau lima hari lalu.

Siasatan di tempat kejadian, polis menemui sebilah pisau dan tuala.

Bagaimanapun, tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

Mayat dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat.

UTAMABERITAMayat Reput Dalam Bas Disangka Wanita Tidur

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium