Keputusan Ganti YDP MPS Atas Permintaan K’jaan S’gor kata KSN

Datuk Seri Dr Ali Hamsa

Penamatan peminjaman Datuk Zainal Abidin A’ala sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mulai semalam adalah dibuat atas cadangan kerajaan negeri Selangor sendiri.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor melalui surat bertarikh 15 Oktober lepas memaklumkan bahawa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memutuskan untuk menggantikan Zainal Abidin dengan pegawai lain.

“Mengambil kira keputusan Menteri Besar serta hasrat pihak berkuasa negeri Selangor tersebut, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 6 November lalu telah mengemukakan surat memaklumkan persetujuan ke atas cadangan penamatan khidmat Zainal Abidin sebagai YDP MPS berkuatkuasa 15 November.

“Notis pertukaran Zainal Abidin dikeluarkan pada 9 November lalu di mana beliau ditempatkan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) berkuatkuasa semalam (Khamis) selaras dengan permohonan pihak berkuasa negeri Selangor,” katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Pertukaran Zainal Abidin ke INTAN sebelum ini menimbulkan beberapa kontroversi termasuk tuduhan yang mengatakan beliau ditukarkan dalam tempoh 24 jam atas kenyataannya berhubung pembinaan projek kondominium, Dolomite Park Avenue, di Batu Caves, Selangor.

Ali berkata, kekeliruan itu timbul mungkin kerana pihak yang mengeluarkan kenyataan itu sebelum ini tidak dimaklumkan mengenai permohonan kerajaan negeri untuk menggantikan Zainal Abidin.

Beliau berkata, gred Zainal Abidin masih dikekalkan iaitu Gred Jusa C.

Untuk mengisi kekosongan jawatan YDP MPS, JPA telah mengemukakan 14 calon daripada senarai JPA, namun kerajaan negeri Selangor dipercayai mempunyai calon pilihan mereka sendiri, katanya.

Ditanya berkenaan kedudukan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman yang didapati bersalah atas tuduhan khalwat, Rabu lalu, Ali berkata kesalahan khalwat seseorang pegawai awam adalah kesalahan tatatertib yang akan diambil tindakan mengikut prosiding jenayah di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Beliau berkata, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan telah memaklumkan mengenai kes itu kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), yang akan memutuskan bentuk hukuman yang akan dikenakan, termasuk sama ada memberi amaran, denda, lucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji dan turun pangkat.

Dr Hasan dan pasanganya Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, yang juga petugas kementerian diarahkan bercuti sehingga kes tersebut diputuskan SPA, katanya, yang turut tidak menolak kemungkinan melantik ketua pengarah yang baharu.

Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Derek Fernandez yang didakwa mengibaratkan penjawat awam sebagai ‘monyet’, Ali berkata ia dianggap sebagai menghina penjawat awam dan menasihatkan agar mana-mana individu perlu berhati-hati dan mengkaji fakta sebelum menyatakan sesuatu.

“Saya menyerahkan kepada penjawat awam untuk menilai dan membuat kesimpulan mengenai kenyataan seperti ini,” katanya.

Dalam artikel di sebuah akhbar tabloid berbahasa Inggeris, Isnin lalu, Fernandez yang mengulas mengenai pemilihan calon Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) oleh JPA dilaporkan berkata: “let’s see who the candidates are. If they are going to nominate some monkeys, we will reject.” (“Biar kita tengok dulu siapa calonnya. Jika mereka nak calonkan ‘monyet’, kami akan tolak”).

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra...

Benarkah Muhyiddin sedang di rawat ketika dikatakan menerima wang dari UKSB?

"Saya sedang rawat kanser. Tak mungkin terima sogokan" Katanya, ini kerana antara Jun hingga Ogos 2018 beliau menjalani pembedahan kanser dan kemudian mengambil cuti selama...