Bayi 11 Bulan Maut Dikelar Bapa Kandung - pakdin.my

Seorang bayi berusia 11 bulan meninggal dunia selepas lehernya dikelar dengan pisau oleh bapanya.

Tragedi berlaku di Felda Panching Selatan, Kuantan, Pahang.

Dalam kejadian kira-kira 9:30 malam semalam, suspek dikatakan seolah-olah dirasuk sehingga tergamak mengelar anak bongsunya, Nur Amirah dengan pisau.

Selepas melihat anaknya sudah tidak bernyawa, suspek menghubungi polis dan keluar dari rumah.

Ketika kejadian, isteri suspek, Suzie Jarip, 23 tahun berada di dapur.

Turut berada di dalam rumah ketika itu, anak sulung mereka, Muhammad Al-Amin, dua tahun.

Suzie yang masuk ke bilik tidur terkejut apabila melihat Nur Amirah terbaring berlumuran darah di atas tilam.

Ibu suspek, Wan Noriyah Wan Yaacob yang berada di ruang tamu rumah juga dikatakan terperanjat apabila tiba-tiba mendengar menantunya menjerit dan berlari keluar dari bilik.

UTAMABERITABayi 11 Bulan Maut Dikelar Bapa Kandung

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium