Kilang Sawit Di Terengganu Meletup – Tiga Maut Tertimbus Kelapa Sawit - pakdin.my

kilang sawit felcra bukit kepah meletup 1

kilang sawit felcra bukit kepah meletup 2HULU TERENGGANU: Tiga pekerja termasuk seorang penyelia kilang memproses kelapa sawit milik sebuah syarikat perladangan terkemuka di sini, maut dalam satu letupan di bahagian memasak buah sawit pada kira-kira 7.45 malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Mohd Ismail Muslim, ketika mengesahkan kejadian itu, berkata mangsa yang maut ialah Azmi Abdullah, 57, seorang penyelia dari Manir manakala dua lagi warga Nepal iaitu Pramod Kumar Ray, 30, dan Sanjib Kumar Pasman, 26.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah daripada satu letupan di salah satu mesin mengukus buah kelapa sawit di kilang itu,” katanya.

Beliau berkata mangsa yang kritikal ialah Mohd Razlan Mokhtar, 25, dari Kuala Berang manakala mereka yang cedera ringan adalah Ahmmed Ali, 39, Rezuyam Marom Ali, 45, dari Bangladesh serta Sabad Yedan, 44, dari Nepal.

Katanya, kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Hulu Terengganu danpolis masih menyiasat punca sebenar kejadian itu.

UTAMABERITAKilang Sawit Di Terengganu Meletup - Tiga Maut Tertimbus Kelapa Sawit

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium