@NajibRazak Solat Jumaat Bersama Penuntut Dan Warga UTP - pakdin.my

najib solat jumaat utp
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua kanan) beramah mesra dengan kariah masjid selepas menunaikan solat jumaat di Masjid An-Nur Universiti Teknologi Petronas (UTP)

SERI ISKANDAR  — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 300 penuntut dan petugas Universiti Teknologi Petronas di Masjid An-Nur di sini Jumaat.

Turut serta berjemaah di masjid berkenaan bersama Najib ialah Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Perdana menteri dalam rangka lawatan kerja sehari di Perak hari ini.

Terdahulu, Najib mengikuti khutbah yang disampaikan Imam masjid itu Dawi Cahyono Nurdin yang kemudian mengimamkan solat fardhu Jumaat.

Selepas solat, Najib yang berbaju Melayu warna kuning kemerah-merahan, meluangkan masa bersalaman dengan penuntut selain memberi mereka peluang bergambar dengannya.

Najib kemudian menghadiri ‘Program Himpunan Perdana Warga Orang Asli bersama Perdana Menteri’ serta melancarkan program ‘Mengubah Destini Orang Asli’ di kampus Universiti Teknologi Mara di sini.

 Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor (tengah) membaca surah 'Yassin' bersama-sama orang ramai yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad Kassim Elias Al-Hafiz di Masjid Sultan Idris Shah II di sini, hari ini. Turut hadir isteri Menteri Besar Perak Datin Seri Saripah Zulkifli (tiga, kanan) dan Ketua Pergerakan Wanita Umno Perak Datuk Rusnah Kassim (tiga, kiri) yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Kinta. Beliau berada di sini bagi mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melakukan lawatan kerja sehari ke Perak
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor (tengah) membaca surah ‘Yassin’ bersama-sama orang ramai yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad Kassim Elias Al-Hafiz di Masjid Sultan Idris Shah II di sini, hari ini.
Turut hadir isteri Menteri Besar Perak Datin Seri Saripah Zulkifli (tiga, kanan) dan Ketua Pergerakan Wanita Umno Perak Datuk Rusnah Kassim (tiga, kiri) yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Kinta.
Beliau berada di sini bagi mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melakukan lawatan kerja sehari ke Perak
UTAMABERITA@NajibRazak Solat Jumaat Bersama Penuntut Dan Warga UTP

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium