UtamaNASIONALInsiden Jambatan Runtuh: PLUS...

Insiden Jambatan Runtuh: PLUS Sangkal Dakwaan PKNS - pakdin.my

jambatan runtuh PKNSCYBERJAYA: Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menyangkal dakwaan PKNS bahawa syarikat konsesi itu bertanggungjawab menyelenggara jambatan di persimpangan bertingkat dekat Cyberjaya yang runtuh pada Khamis.

Menurut PLUS, jambatan di persimpangan bertingkat dekat Selangor Science Park 2 yang dibina oleh PKNS, tidak pernah diserahkan kepada syarikat itu untuk diselenggara.

“Ia dibina oleh PKNS dan masih di bawah tanggungjawab PKNS sehingga hari ini,” menurut PLUS dalam satu kenyataan.

PLUS berkata, jambatan tersebut ditutup selepas didapati tidak selamat ketika lawatan tapak oleh Menteri Kerja Raya pada 7 Disember lalu.

Malah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mewujudkan satu lencongan jalan di persimpangan bertingkat antara Plaza Tol Putrajaya dan Putrajaya/Cyberjaya di laluan Lingkaran Putrajaya.

Jambatan tersebut runtuh pada tengah hari Khamis, tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Namun terdapat beberapa paip-paip besar di bawah jambatan tersebut rosak menyebabkan beribu-ribu liter air memancut keluar.

Terdahulu Pengurus Besar PKNS, Othman Omar memberitahu bahawa projek yang bermula pada 2007 dan selesai dua tahun kemudian diserahkan kepada PLUS dan LLM pada Mac tahun lalu.

“Kami menyerahkan jambatan itu kepada PLUS, ia masih berada dalam keadaan baik pada November. Jalan itu dianggap tidak selamat kerana dibina di atas tanah paya dan kontraktor yang dilantik telah mengorek semula jalan tersebut dan membuat lapisan tar baru di bawah jambatan tersebut,” katanya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor dalam satu kenyataan berkata, LLM mendapati berlaku beberapa pergerakan pada salah satu tiang di jambatan terbabit.

“Saya telah melawat tapak tersebut dan selepas diberi taklimat mengenai projek itu, kami memutuskan untuk menutup jambatan tersebut atas faktor keselamatan pengguna jalan raya,” katanya.

Susulan insiden itu, Othman berkata PKNS akan menubuhkan satu jawatankuasa teknikal untuk mengenal pasti punca runtuhan itu.

Othman berkata kerja-kerja pembersihan akan mengambil masa selama tiga minggu dan proses membaiki jambatan yang runtuh itu memerlukan tempoh sehingga lapan bulan dengan kos antara RM6 bilion dan RM7 bilion.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...