UtamaGAYA HIDUPAGAMAKerajaan Akan Tetap Pertahan...

Kerajaan Akan Tetap Pertahan Kalimah Allah – PM @NajibRazak - pakdin.my

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan sebahagian orang ramai yang hadir pada Majlis Perhimpunan Perdana Ulama-Umara dan Asnaf di Stadium Putra Bukit Jalil dekat Kuala Lumpur
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan sebahagian orang ramai yang hadir pada Majlis Perhimpunan Perdana Ulama-Umara dan Asnaf di Stadium Putra Bukit Jalil dekat Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan tetap mempertahan kalimah Allah selaras dengan prinsip yang terkandung dalam Maqasid Syariah atau objektif syariah dalam Islam, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata, lima perkara yang terangkum dalam Maqasid Syariah iaitu memelihara dan menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta – ialah juga perkara-perkara yang diperjuangkan kerajaan.

Malah, katanya, berdasarkan kajian antara negara-negara Islam di dunia dari segi pematuhan kepada prinsip-prinsip Maqasid Syariah, mengikut para ulama, Malaysia berada antara tempat tertinggi dalam memperjuang objektif-objektif berpandukan kepada Maqasid Syariah.

“Kita ambil dalam soal agama, mempertahankan akidah, mempertahankan kesucian agama Islam, mempertahankan kalimah Allah, ini diperjuangkan oleh Al-Quran.

“Kita tak main politik dalam hal ini…satu ketika setuju dengan orang lain, selepas itu pusing balik tak setuju… Kita istiqamah dalam hal kalimah Allah.

Kerajaan yang ada pada hari ini, tetap akan mempertahankan kalimah Allah,” katanya ketika menyampaikan amanat pada majlis Perhimpunan Perdana Ulama-Umara dan Asnaf di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, Selasa.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha.

Kira-kira 16,000 orang hadir pada pertemuan terbesar golongan ulama-umara dan asnaf bersama Perdana Menteri itu. Asnaf ialah mereka yang dikategorikan sebagai fakir dan miskin, peniaga-peniaga kecil, pemandu teksi dan para pelajar yang menerima bantuan zakat (kumpulan ini) daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Najib menyampaikan ucapan pada Majlis Perhimpunan Perdana Ulama-Umara dan Asnaf di Stadium Putra Bukit Jalil
Najib menyampaikan ucapan pada Majlis Perhimpunan Perdana Ulama-Umara dan Asnaf di Stadium Putra Bukit Jalil

Sehubungan itu, Najib berkata melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), kerajaan memberi penekanan kepada mengurangkan indeks jenayah yang dimulakan sejak 2009 dan terus diberi perhatian.

Kerajaan juga memberi tumpuan kepada pembangunan sistem pendidikan melalui proses pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, katanya.

Dalam menangani isu moral, kerajaan memberi penekanan kepada nilai budaya murni dan menentang fahaman songsang seperti seks bebas, sumbang mahram mahupun LGBT.

Najib berkata, bagi memelihara dan membangunkan maslahah harta, kerajaanberiltizam untuk terus memajukan ekonomi negara.

“Alhamdulillah, tahun lepas, kita dapat kadar pertumbuhan 5.6 peratus, antara yang tertinggi di dunia dan kita juga berjaya mengukuhkah Malaysia sebagai hab kewangan Islam yang paling berjaya di dunia,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, demonstrasi jalanan ala Arab Spring hanya akan mengorbankan harta benda termasuk nyawa manusia dan ia bukan sesuatu yang sesuaiuntuk Malaysia.

Malah, katanya, pada hari ini negara-negara yang berlaku keadaan itu masih belum lagi pulih dan ada yang lebih berat masalahnya daripada sebelum itu.

Katanya, kejayaan Malaysia menjadi mediator atau pengantara bagi menyelesaikan konflik antara Bangsa Moro dan kerajaan Filipina diiktiraf sebagai sumbangan yang amat besar dan ramai umat Islam dapat diselamatkan.

Katanya, begitu juga di selatan Thailand, rintisan perdamaian telah ditempa apabila negara berjaya mengusahakan perjanjian persetujuan bersama yang ditandatangani antara kerajaan Thailand dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) iaitu kumpulan pejuang pembebasan Islam di selatan Thailand.

“Mudah-mudahan umat Islam di selatan Thai akan dapat mengecapi masa depan yang lebih baik,” katanya.

Najib berkata, beliau juga juga telah melakukan lawatan kemanusiaan ke Gaza,Palestin dan pendirian beliau ialah tidak mengira perbezaan politik untuk bekerjasama demi kepentingan umat Islam.

“Ini pendirian saya, walaupun saya tahu ada orang tidak berapa berkenan, tak berapa setuju, apa salahnya, sebab ini untuk kebaikan,” katanya.

Malah, katanya, beliau menerima sepucuk surat daripada ulama Mesir Dr Yusuf Qardhawi yang menyatakan pengiktirafan dan penghargaan beliau kepada kerajaan terhadap misi lawatan kemanusiaan itu yang disifatkannya sebagai misi yang berani dan luar biasa.

“Maknanya, kita telah melakukan sesuatu demi kepentingan ummah,” kata perdana menteri.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...

Ancam bunuh Agong, lelaki ditahan

Polis menahan lelaki berusia 30-an yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Lelaki itu yang...

[VIDEO] Bom kereta meletup di Selatan Thai, seorang terbunuh, 28 cedera

BANGKOK – Seorang mangsa meninggal dunia dan lebih 24 orang cedera di Thailand selepas bom kereta meletup di luar fasiliti polis hari ini, kata...

[VIDEO] Gempa bumi Cianjur: Sekurang-kurangnya 103 orang maut, kebanyakannya kanak-kanak

Kebanyakan mangsa yang maut akibat gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat, dianggap sebagai kanak-kanak. "Kebetulan waktu bertepatan dengan mengaji di madrasah diniyah dan...

#PRU15: Dr Mahathir kalah, hilang wang pertaruhan di Langkawi

BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hilang wang pertaruhan dan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi. Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu hanya mendapat  4,566 undi,...

Syarikat induk Facebook, Meta berhentikan lebih 11,000 pekerja

Meta Platforms Inc, syarikat induk Facebook pada Rabu , berkata, syarikat itu akan memberhentikan 13 peratus kakitangannya atau lebih daripada 11,000 pekerja. Pemberhentian beramai-ramai itu...