UtamaBORNEOSABAHKumpulan NGO Desak Segerakan...

Kumpulan NGO Desak Segerakan RCI #LahadDatu - pakdin.my

opsdaulat-day10-mayat moppingKUALA LUMPUR: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Jumaat mendesak supaya menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan kemungkinan ada pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, apabila RCI dibentuk, komposisinya perlu melibatkan semua pihak yang terdiri daripada golongan yang mempunyai integriti termasuk wakil daripada parti pembangkang, profesional dan pihak keselamatan.

“Dan penyiasatan yang dibuat oleh suruhanjaya ini mestilah dibuat secara terbuka seperti inkues di mahkamah kerana kita tidak mahu politikkan isu ini.

“Kita hanya hendak mencari kebenaran. Kalau ada dakwaan (mengenai) golongan ini, golongan itu terlibat, itu dakwaan. Bagi pandangan kita, yang penting adalah mendapatkan kebenaran berasaskan fakta dan maklumat yang boleh diterima oleh semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Himpunan Gerakan Rakyat Pengkhianat Menolak Pengkhianat di hadapan Masjid Negara di Kuala Lumpur di sini, Jumaat.

Turut hadir Mursyidul Am Gerakan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) Zahid Md Arip, Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Ali dan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, selepas penubuhan RCI, kerajaan boleh menyusulinya dengan kertas putih untuk memperincikan lagi dari segi hal-hal yang berkaitan dengan teknikal.

Ini kerana katanya, timbul persoalan apabila segelintir pihak bahawa kumpulan Sulu menceroboh Lahad Datu tetapi kerajaan mengambil masa tiga minggu untuk bertindak.

“Ada pihak mengatakan kononnya kerajaan lemah lambat bertindak. Jika kerajaan bertindak cepat, berlaku sesuatu yang tidak diingini, ada pihak antarabangsa atau pihak lain yang mengambil kesempatan akan menuduh kita zalim.

“Kita kena lihat senario secara fakta, maka sebab itu susulan kertas putih adalah penting bagi rakyat memahami,” katanya.

Beliau menambah, timbul pelbagai persepsi mengenai insiden Lahad Datu maka ia perlu dijawab oleh pihak keselamatan dan mana-mana pihak supaya isu berkenaan tidak sepatutnya dipolitikkan atau disensasikan.

“Terserah kepada pihak yang dicadangkan (dalam RCI) untuk menentukannya. Cuma kita mesti melakukan penerangan dan kesedaran untuk rakyat seluruh negara mengenai betapa pentingnya kita dengan pihak keselamatan dan kerajaan menjaga kedaulatan negara, serta menyeru rakyat untuk bersatu,” katanya.

Sementara itu, Hasan berkata, mengenai dakwaan dalang di sebalik insiden Lahad Datu, terdapat plot-plot individu yang mempunyai kaitan dengan ketua pemberontak Filipina, Nur Misuari.

“Tetapi ia hanya sekadar plot-plot macam itu sahaja maka tiada yang konklusif. Tetapi yang tiada konklusif itu timbulkan persoalan maka kita perlu mendesak Suruhanjaya adakan kertas putih untuk menghilangkan sebarang keraguan yang pastinya akan timbul.

“Jika di luar daripada Suruhanjaya dan kertas putih, saya yakin pelbagai tohmahan dan tuduhan akan terus berlaku dan menimbulkan masalah,” katanya sambil menambah bahawa gerakan yang menolak pengkhianat negara itu melibatkan lebih kurang 30 NGO dari seluruh negara.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...

Ancam bunuh Agong, lelaki ditahan

Polis menahan lelaki berusia 30-an yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Lelaki itu yang...

[VIDEO] Bom kereta meletup di Selatan Thai, seorang terbunuh, 28 cedera

BANGKOK – Seorang mangsa meninggal dunia dan lebih 24 orang cedera di Thailand selepas bom kereta meletup di luar fasiliti polis hari ini, kata...

[VIDEO] Gempa bumi Cianjur: Sekurang-kurangnya 103 orang maut, kebanyakannya kanak-kanak

Kebanyakan mangsa yang maut akibat gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat, dianggap sebagai kanak-kanak. "Kebetulan waktu bertepatan dengan mengaji di madrasah diniyah dan...

#PRU15: Dr Mahathir kalah, hilang wang pertaruhan di Langkawi

BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hilang wang pertaruhan dan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi. Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu hanya mendapat  4,566 undi,...

Syarikat induk Facebook, Meta berhentikan lebih 11,000 pekerja

Meta Platforms Inc, syarikat induk Facebook pada Rabu , berkata, syarikat itu akan memberhentikan 13 peratus kakitangannya atau lebih daripada 11,000 pekerja. Pemberhentian beramai-ramai itu...