UtamaNASIONALESSZONE KUBURKAN AGENDA ANWAR...

ESSZONE KUBURKAN AGENDA ANWAR CETUS KEGANASAN DI SABAH - pakdin.my

ESSZONE-TemporaryHQPewujudan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) yang diumumkan Perdana Menteri pada 25 Mach lalu adalah satu langkah yang kena pada tempat dan masa bagi menangani pencerobohan pengganas Sulu yang dipercayai didalangi oleh pembangkang.

Kerajaan Barisan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya mengekang serta mengalahkan usaha jahat pembangkang yang mahu memporak perandakan negara menjelang pembubaran parlimen dan Pilihan Raya Umum ke 13.

Walaupun keadaan agak getir pada peringkat awal tatkala pasukan keselamatan berdepan dengan gerombolan pengganas yang lengkap bersenjata, namun berkat kerjasama pasukan polis dan tentera melalui konsep Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) yang menjadi asas kepada program transformasi Perdana Menteri, ancaman terhadap kedaulatan negara mampu di atasi dengan baik.

Jika dahulu pembangkang menggunakan isu kehadiran ramai pendatang tanpa izin dan penduduk tanpa negara di bumi Sabah untuk menyerang kerajaan, kini mulut mereka sudah terkunci apabila tertubuhnya ESSZONE.

ESSZONE yang merangkumi 10 daerah di sepanjang 1,400 kilometer pesisir pantai timur Sabah meliputi Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau mempunyai matlamat jangka pendek dan panjang.

Rasional menubuhkan ESSZONE bukanlah mainan politik tetapi berpunca daripada insiden pencerobohan di Lahad Datu oleh pengganas Sulu yang mengorbankan dua komando polis serta pembunuhan kejam dan tidak berperikemanusiaan enam anggota.

Langkah kerajaan untuk memastikan pencerobohan pengganas Sulu tidak bertukar menjadi tragedi yang lebih ngeri boleh dilihat daripada tindakan untuk menambah sebanyak lima lagi batalion tentera dengan sokongan pihak polis.

Di samping itu lima lagi balai polis akan di bina di Sabah bagi memperkukuhkan keselamatan orang awam dan ketenteraman negeri.

ESSZONE akan berpusat di Lahad Datu sebagai ‘central command’ mengawal serta memantau 10 daerah di dalam kawalannya disepanjang pantai timur Sabah.

Objektif jangka pendek sudah menunjukkan hasil yang amat memberangsangkan walaupun dalam fasa awal melawan pengganas Sulu, negara bersedih kerana kehilangan 10 wira.

Sehingga kini 65 musuh berjaya ditembak mati manakala 110 lagi individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012 sementara 416 yang lain ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk berada dalam zon larangan Operasi Daulat.

Agenda pembangkang untuk mencetus huru hara ketika negara di ambang pilihan raya dengan mendalangi mengguna isu tuntutan kesultanan Sulu nampaknya sudah dipatahkan dan peranan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai bapa petualang dalam krisis keselamatan di Sabah akan ditelanjangkan tidak lama lagi.

Usaha pantas kerajaan menggembeleng aset ketenteraan serta keselamatan negara secara pantas dan efisien untuk memerangi pihak yang cuba menodai kadaulatan negara membuktikan kemampuan luar biasa pasukan polis dan tentera Malaysia.

Ketika Anwar mengadakan komplot sulit dengan sekutunya, Nur Misuari dari MILF, mungkin beliau terlupa memikirkan kekuatan dan kemampuan pasukan keselamatan Malaysia untuk melindungi negara daripada sebarang pencerobohan.

Anwar tidak lagi boleh berselindung dengan apa-apa alasan untuk membersihkan dirinya daripada isu pencerobohan pengganas Sulu kerana bukti pembabitan beliau seperti yang didedahkan oleh media asing seperti Reuters, Phillipine Daily Inquirer dan Manila Times sudah cukup jelas dan nyata.

Cubaan kroninya seperti Tian Chua juga yang menuduh UMNO yang mendalangi peristiwa berdarah di Sabah untuk mengalih pandangan rakyat juga tidak dipercayai lagi oleh rakyat.

Dakwaan jahat dan tidak masuk akal itu dibuat hanya untuk terus mengapi-apikan hati rakyat serta mempengaruhi minda rakyat supaya bangkit menentang kerajaan.

Kerjasama erta yang diberikan oleh rakyat tempatan termasuk mereka yang berketurunan Suku terhadap usaha pasukan keselamatan untuk membanteras pengganas Sulu membuktikan segala yang didakwa pembangkang adalah pembohongan semata-mata.

Kewujudan ESSZONE pada matlamat masa panjang pula akan memastikan kemajuan dan pembangunan negeri Sabah seperti mana yang dinikmati rakyat sekarang akan terus kekal.

Ia bertindak sebagai serampang dua mata – mengekang kemasukan pendatang asing serta kegiatan penyeludupan oleh kumpulan pendatang asing di samping memastikan keselamatan penduduk negeri Sabah terjamin.

ESSZONE bukannya satu tindakan kerajaan yang terburu-buru kerana model pelaksanaannya berdasarkan kepada Markas Keselamatan Kawasan Rajang atau RASCOM (Rejang Security Command) yang telah diimplementasi pada tahun 1970an di Sarawak bagi menangani ancaman komunis ketika itu.

Kejayaan RASCOM menghapuskan ancaman pengganas komunis di Sarawak berjaya membawa keamanan ang berkekalan hingga ke hari ini.

Keamanan ini seterusnya diterjemahkan kepada kemajuan serta pembangunan sosio-ekonomi yang pesat yang dinikmati oleh rakyat Sarawak keseluruhannya.

Penubuhan ESSZONE juga mampu meningkatkan tahap keselamatan negeri yang besar seperti Sabah seperti mana matlamat yang sama dicapai oleh RASCOM.

Selepas wujudnya ESSZONE, rakyat Sabah akan melihat dengan sendiri betapa perancangan dasar ekonomi itu akan melonjak dalam keadaan aspek keselamatan dan ketenteraman awam dapat dipulih serta dipertingkatkan.

Impian pembangkang untuk menjadikan Sabah sebagai batu loncatan untuk mereka menuju ke Putrajaya sudah berkubur dengan adanya ESSZONE.

 esscom-zone

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion...

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...