50 Tahun Beroperasi Beri Kelebihan Pada Tabung Haji - pakdin.my

50 Tahun Beroperasi Beri Kelebihan Pada Tabung Haji

50 tahun adalah satu tempoh yang matang.

Dan bagi sebuah organisasi yang menjangkau usia itu, seperti tabung haji — tentu banyak cabaran telah dilalui.

Ikuti laporan dari Makkah Al-Mukaramah.

Kekuatan pengurusan tabung haji terletak kepada komitmen seluruh peringkat kakitangannya.

Seperti yang dipamerkan oleh kakitangan perondanya, menjangkaui tugas hakiki mereka.

Bagaimana petugas menangani aduan aduan dan karenah jemaah yang pelbagai, yang kadangkala mencabar kesabaran seseorang.

Kayu ukur prestasi Tabung Haji pula terletak kepada tahap kepuasan jemaah. Ada yang tidak puas hati tetapi majoritinya memuji.

Doa mengiringi semua usaha para petugas haji. Kita mampu merencana tetapi allah yang menentukan.

Kepada Tabung Haji, selamat merayakan hari ulangtahun ke 50 dari para petugasnya.

Laporan Fuad Abdul Rahman dan jurukamera Johari Mat Saleh dari Makkah al mukarammah.

 

UTAMABERITA50 Tahun Beroperasi Beri Kelebihan Pada Tabung Haji

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium