BANJIR: Kelantan perlu bantuan Pusat pulih lokasi banjir - pakdin.my

najib-ahmad-yakob-mb-kelantan-banjir
Ahmad berbincang dengan Najib serta Datuk Seri Mustapha Mohameg mengenai sutiasi banjir ketika lawatan Perdana Menteri ke Kelantan beberapa hari lalu.

Kerajaan PAS Kelantan amat memerlulan sokongan dan bantuan daripada semua pihak khususnya Kerajaan Persekutuan bagi memulih dan membangunkan semula lokasi-lokasi yang musnah dilanda banjir.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata, bantuan itu perlu kerana kerajaan negeri sekarang dalam usaha tersebut selepas Kelantan terjejas teruk akibat banjir.

“Setelah saya sendiri meneliti situasi ditempat yang agak parah dilanda banjir seperti di Kuala Krai, ianya amat memerlukan sokongan dan bantuan daripada semua pihak khususnya Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan, Rabu.

Beliau berharap bencana banjir yang berlaku ini hendaklah diteliti juga dari sudut pengajaran dan hikmah bagi meneguhkan akidah dan iman umat islam.

Selain itu, beliau turut merujuk kenyataan beberapa pihak termasuk daripada  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang ada menyifatkan bahawa banjir di Kelantan disebabkan pembalakan tidak terkawal.

Menurut Ahmad, sistem pembalakan di Kelantan pada hakikatnya telah mematuhi Kup Tahunan seluas 5,960 hektar setahun yg diluluskan oleh Majlis Tanah Negara malah pengurusan hutan di Kelantan telah diberi pensijilan MC&I SFM oleh badan bebas antarabangsa.

“Manakala pembukaan kawasan untuk projek TLC semuanya perlu lulus EIA sebelum projek dimulakan.

Kejadian pembalakan yang tidak terkawal jika berlaku mungkin disebabkan penerokaan haram yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

banjir-kelantan-musnah-2

Sehubungan itu, kerajaan Kelantan akan melaksanakan penguatkuasaan yang lebih tegas dan efektif dalam hal ini.

Katanya, insiden banjir boleh juga berlaku dengan beberapa faktor lain seperti fenomena limpahan air hujan yang berlebihan sebagaimana yang dilaporkan oleh Jabatan Meteorologi dan hal ini berlaku hampir di semua Negeri di Semenanjung Malaysia.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak bermula daripada orang perseorangan, NGO, agensi Kerajaan dan swasta yang  sehingga kini tidak putus-putus menyalurkan bekalan kepada mangsa banjir di Negeri ini.

UTAMABANJIR: Kelantan perlu bantuan Pusat pulih lokasi banjir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium