Statistik Corona

Malaysia
2,209,194
Confirmed
Updated on September 28, 2021 09:10 9:10 am
Malaysia
2,005,939
Recovered
Updated on September 28, 2021 09:10 9:10 am
Malaysia
177,560
Active
Updated on September 28, 2021 09:10 9:10 am
Malaysia
25,695
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,209,403
Confirmed
Updated on September 28, 2021 09:10 9:10 am
Indonesia
4,027,548
Recovered
Updated on September 28, 2021 09:10 9:10 am
Indonesia
141,585
Deaths
Updated on September 28, 2021 09:10 9:10 am

Thailand

Thailand
1,581,415
Confirmed
Updated on September 28, 2021 09:10 9:10 am
Thailand
1,448,206
Recovered
Updated on September 28, 2021 09:10 9:10 am
Thailand
16,498
Deaths
Updated on September 28, 2021 09:10 9:10 am

Global

All countries
233,157,903
Confirmed
Updated on September 28, 2021 09:10 9:10 am
All countries
208,162,889
Recovered
Updated on September 28, 2021 09:10 9:10 am
All countries
4,771,151
Deaths
Updated on September 28, 2021 09:10 9:10 am

60 Unit Kedai Zon Bebas Cukai Rantau Panjang Musnah Dalam Kebakaran

kebakaran-rantau-panjang

RANTAU PANJANG: Kira-kira 60 unit kedai di Kompleks Zon Bebas Cukai Rantau Panjang yang terkenal di kalangan pelancong musnah dalam kebakaran pada kira-kira 11.30 malam Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Abdul Jalil Ishak berkata jentera bomba bersama 33 anggota yang tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian berjaya mengawal api sepenuhnya dalam tempoh sejam.

“Bomba terpaksa mendapatkan sumber air dari Sungai Golok yang terletak berhampiran selepas air dari pili bomba berdekatan tidak mencukupi,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini, tengah malam Isnin.

Abdul Jalil berkata kesemua kedai berkenaan dengan binaan kayu, yang beroperasi lebih 20 tahun di kawasan zon bebas cukai itu, terletak sebelah menyebelah menyebabkan api cepat merebak.

“Sebahagian besar kedai berkenaan menjual pakaian dan selimut menyebabkan api lagi cepat marak,” katanya.

Beliau berkata punca kebakaran dan nilai kerugian belum dapat dipastikan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Terdapat lebih 300 kedai yang menjual pelbagai jenis barangan di kompleks itu yang menjadi tumpuan pelancong pada cuti hujung minggu dan cuti sekolah.

Tinjauan Bernama mendapati rata-rata peniaga mengetahui kedai mereka terbakar kira-kira setengah jam kebakaran itu berlaku.

Seorang peniaga Suhaida Shafie, 25, berkata dia kerugian kira-kira RM50,000 apabila semua pakaian dan selimut di kedainya musnah.

“Keluarga saya dah berniaga di sini sejak 20 tahun lalu dan saya pilu melihat kedai milik kami musnah sama sekali,” katanya.

Seorang lagi peniaga Shamsiah Mohamad, 30, berkata dia kini buntu memikirkan masa depannya apabila kedainya musnah dalam kebakaran itu.

“Saya dah berniaga 15 tahun dan saya sedih memikirkan masa depan saya kerana ini adalah satu-satunya punca pendapatan saya sekeluarga,” katanya.

Berkaitan