UtamaNASIONALPilihan Raya, Kami Tunggu...

Pilihan Raya, Kami Tunggu Suis Dipetik: Pemimpin Umno - pakdin.my

Undilah Barisan NasionalIbarat hanya menunggu suis dipetik, beberapa orang pemimpin bahagian Umno pada Isnin menyatakan siap siaga menghadapinya jika kerajaan mengumumkan untuk mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat.

Siap siaga itu berikutan manfaat yang diperoleh hasil simulasi pilihan raya peringkat bahagian Umno bermula Jun lepas dan berakhir bulan ini, selain persediaan secara am yang telah dijalankan untuk menghadapi pilihan raya umum yang ke-13.

Simulasi pilihan raya itu yang pertama kali diadakan juga telah memilih, mengenal pasti nama-nama pengundi, nama-nama calon berpotensi menang dan jawatankuasa pilihan raya parti, yang kini bersedia menghadapi pilihan raya sebenar.

Ketua Umno Bahagian Seri Gading Datuk Mohamed Aziz berkata simulasi yang diadakan bertujuan menyegarkan kembali ingatan pekerja dan jentera parti bagi menghadapi situasi sebenar kelak.

“Memang bagus adakan simulasi tapi bukan bermakna kita (di bahagian) tidur. Kita sentiasa bersedia. Ini bukan masanya kita mengambil mudah, tambahan lagi untuk pilihan raya. Bukan apabila hanya ada simulasi saja (kita perlu siap sedia),” katanya ketika dihubungi Bernama.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin semalam memberi ingatan supaya parti komponen Barisan Nasional (BN) mengukuhkan perpaduan antara satu sama lain, selain ‘memberi gambaran’ pilihan raya umum kian hampir dengan mengatakan masa yang terhad dan tinggal beberapa bulan sebelum pilihan raya umum.

Simulasi pilihan raya itu diadakan atas arahan Ibu Pejabat Umno selepas Majlis Tertinggi (MT) parti pada 27 Mei lepas memutuskan ia hendaklah diadakan sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Mohamed yang juga Anggota Parlimen Sri Gading berkata sebelum simulasi itu pun pelbagai usaha sudah dilakukan dan jentera peringkat bahagian terus aktif dengan mengetahui tugas masing-masing dan menyusun strategi yang perlu dilakukan apabila tiba masa, kerana pilihan raya hanya diadakan lima tahun sekali.

Mengulas kenyataan Muhyiddin, beliau berkata pucuk pimpinan sedang mengintai-ngintai tarikh yang sesuai dan ini memberikan petanda kepada Umno.

Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula berkata dengan adanya simulasi, anggotanya lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, selain pendedahan berkesan untuk situasi sebenar.

“Jadi apabila tiba masa sebenar kelak, tugas pergerakan Puteri tidak bertindih dengan yang lain, ini memberi impak positif. Lebih sistematik kita boleh katakan dan bersedia dengan potensi masalah yang akan timbul,” katanya yang juga Timbalan Menteri Kesihatan.

Ketua Umno Bahagian Selayang Abdul Shukor Idrus menyifatkan kepentingan simulasi adalah untuk mengetahui cara bagi mengendalikan pengundi-pengundi yang dulunya membelakangkan Umno tapi kini menarik sokongan mereka kembali.

“Kita kenal pasti apa yang perlu dibuat. Apa strategi pembangkang yang kita perlu tangani. Dari segi ceramah, nak buat secara kecil-kecilan dan jumlahnya pula perlu diambilkira. Masa berceramah juga, berapa lama yang sesuai.

“Latihan ini penting walaupun kita secara amnya bersedia menghadapi pilihan raya bila-bila pun, secara automatik, kalau suis dipetik, kita akan bergerak. Pada masa sama kita akan perkemaskan lagi sementara masa masih ada,” katanya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kuang, Selangor.

Penggal pilihan raya umum akan datang, tamat pada Mac 2013, iaitu kurang dua tahun dari sekarang

Berkaitan

Baca Juga

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU