1MDB Terima Tiga Tawaran Akhir Bagi Edra - pakdin.my

1mdb-power-plant

1Malaysia Development Bhd (1MDB) menerima tawaran akhir, terikat dan dibiayai sepenuhnya daripada tiga pelabur strategik yang terdiri daripada pihak-pihak dalam dan luar negara, bagi penjanaan wang ekuiti dalam anak syarikatnya, Edra Global Energy Bhd (Edra).

“Ini menandakan satu peristiwa penting berkaitan dengan pelaksanaan pelan rasionalisasi kami, yang pertama kali diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada 29 Mei, 2015,” kata 1MDB dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ia berkata dalam tempoh beberapa minggu akan datang, 1MDB akan menjalankan penilaian terhadap tawaran yang diterima, termasuk mengkaji terma-terma dan syarat-syarat perjanjian muktamad yang telah dicadangkan, dan mendapatkan penjelasan di mana perlu.

“Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Lembaga Pengarah akan dipandu, antara lain oleh perkara-perkara lain, memaksimumkan nilai kepada pemegang saham 1MDB, kepastian perjanjian dan syarat-syarat yang adil dan munasabah dalam menilai tawaran ini,” katanya.

1MDB menjangka dapat memeterai perjanjian dengan pihak yang dipilih sejurus selepas proses penilaian dan perundingan itu selesai, sebelum akhir 2015.

UTAMAEKONOMI1MDB Terima Tiga Tawaran Akhir Bagi Edra

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium